Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 45
(2)
Seseorang pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) boleh, berhubung dengan institusi kewangan yang berkenaan dengannya dia diberi kuasa sedemikian—
(a)
memeriksa dan mengambil salinan mana-mana buku bank, akaun atau apa-apa dokumen yang dipunyai oleh atau ada dalam milikan, jagaan atau kawalan institusi kewangan itu;
(b)
memeriksa dan mengambil salinan mana-mana akaun syer, akaun pembelian, akaun perbelanjaan atau apa-apa akaun lain kepunyaan mana-mana orang yang disimpan di institusi kewangan itu;
(c)
memeriksa kandungan mana-mana peti simpan selamat di institusi kewangan itu; atau
(d)
meminta apa-apa maklumat lain yang berkaitan dengan mana-mana dokumen, akaun atau barang yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c).
(3)
Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (2), seseorang pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1)
boleh mengambil milik apa-apa buku, dokumen, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai yang dia mempunyai akses kepadanya di bawah subseksyen itu jika pada pendapat pegawai itu—
(a)
pemeriksaannya, penyalinannya, atau pengambilan cabutan daripadanya, tidak dapat semunasabahnya dibuat tanpa mengambil miliknya;
(b)
ia mungkin diganggu atau dimusnahkan melainkan jika dia mengambil miliknya; atau
(c)
ia mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 694
(4)
Mana-mana orang yang dengan sengaja tidak atau enggan mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa akaun, dokumen atau barang yang disebut dalam subseksyen (2) kepada pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(5)
Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa akaun atau dokumen atau barang kepada seseorang pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa, baik orang yang mula-mula disebut itu mahupun mana-mana orang lain yang bagi pihaknya atau atas arahannya atau yang sebagai ejen atau pekerjanya orang yang mula-mula disebut itu bertindak tidak boleh, oleh sebab pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa pendakwaan, kecuali pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 27, bagi apa-apa kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau di bawah atau menurut kuasa mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.
Kuasa untuk memperoleh maklumat