Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(a)
menghendaki orang itu supaya memberikan pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar—
(i)
yang mengenal pasti tiap-tiap harta, sama ada alih atau tak alih, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia, yang dipunyai atau dimiliki olehnya, atau yang mengenainya dia mempunyai apa-apa kepentingan, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, dan menyatakan tarikh setiap harta yang dikenal pasti itu diperoleh dan cara bagaimana
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 49
harta itu diperoleh, sama ada dengan jalan urus niaga, bekues, devis, pewarisan, atau apa-apa cara lain;
(ii)
yang mengenal pasti tiap-tiap harta yang dihantar keluar dari Malaysia olehnya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu;
(iii)
yang menyatakan nilai anggaran dan tempat terletaknya setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii), dan jika mana-mana harta itu tidak dapat diketahui tempat letaknya, sebab mengapa;
(iv)
yang menyatakan berkenaan dengan setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i)
dan (ii) sama ada harta itu dipegang olehnya atau oleh mana-mana orang lain bagi pihaknya, sama ada harta itu telah dipindah hakmilik, dijual kepada atau disimpan dengan mana-mana orang, sama ada harta itu telah susut nilainya sejak dia memperolehnya, dan sama ada harta itu telah berbaur dengan harta lain yang tidak dapat dipisahkan atau dibahagikan tanpa kesukaran;
(v)
menyatakan segala maklumat lain yang berhubungan dengan hartanya, perniagaannya, perjalanannya, atau kegiatannya yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; dan
(vi)
menyatakan segala punca pendapatannya, perolehannya atau asetnya;
(b)
menghendaki mana-mana saudara atau sekutu orang yang disebut dalam perenggan (1)(a), atau mana-mana orang lain yang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi ada sebab untuk mempercayai dapat membantu dalam penyiasatan itu, supaya memberikan pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar—
(i)
yang mengenal pasti tiap-tiap harta, sama ada alih atau tak alih, sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang dipunyai atau dimiliki olehnya, atau yang mengenainya orang itu
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 694
mempunyai apa-apa kepentingan, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, dan menyatakan tarikh setiap harta yang dikenal pasti itu diperoleh dan cara bagaimana harta itu diperoleh, sama ada dengan jalan urus niaga, bekues, devis, pewarisan, atau apa-apa cara lain;
(ii)
yang mengenal pasti tiap-tiap harta yang dihantar keluar dari Malaysia olehnya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu;
(iii)
yang menyatakan nilai anggaran dan tempat terletaknya setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii), dan jika mana-mana harta itu tidak dapat diketahui tempat letaknya, sebab mengapa;
(iv)
yang menyatakan berkenaan dengan setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i)
dan (ii) sama ada harta itu dipegang olehnya atau oleh mana-mana orang lain bagi pihaknya, sama ada harta itu telah dipindah hakmilik, dijual kepada atau disimpan dengan mana-mana orang, sama ada harta itu telah susut nilainya sejak dia memperolehnya, dan sama ada harta itu telah berbaur dengan harta lain yang tidak dapat dipisahkan atau dibahagikan tanpa kesukaran;
(v)
menyatakan segala maklumat lain yang berhubungan dengan setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii), dan perniagaan, perjalanan, atau kegiatan lain orang itu; dan
(vi)
menyatakan segala punca pendapatan, perolehan atau aset orang itu; dan
(c)
menghendaki mana-mana pegawai mana-mana institusi kewangan, atau mana-mana orang yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan dan kawalan hal ehwal mana-mana institusi kewangan, supaya memberikan salinan mana-mana atau semua akaun, dokumen dan rekod yang berhubungan dengan mana-mana orang yang kepadanya notis dikeluarkan di bawah perenggan (a) atau (b).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 51
(2)
Tiap-tiap orang yang kepadanya notis dihantar oleh pegawai
Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi di bawah subseksyen (1) hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, mematuhi terma notis itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, dan mana-mana orang yang dengan sengaja mengabaikan atau tidak mematuhi terma notis itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
(3)
Jika pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang yang kepadanya telah disampaikan notis bertulis yang disebut dalam subseksyen (1)
mempunyai, memiliki, mengawal atau memegang apa-apa kepentingan dalam apa-apa harta yang berlebih-lebihan, setelah diambil kira emolumennya yang sekarang dan yang lalu dan segala hal keadaan yang berkaitan, pegawai Suruhanjaya sedemikian boleh dengan arahan bertulis menghendakinya memberikan pernyataan dengan bersumpah atau berikrar yang menjelaskan bagaimana dia dapat mempunyai, memiliki, mengawal atau memegang lebihan itu dan jika dia tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan bagi lebihan itu, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a)
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan
(b)
didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai lebihan itu, jika lebihan itu dapat dinilai, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
(4)
Tiap-tiap orang yang kepadanya suatu arahan dihantar oleh seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi di bawah subseksyen (3) hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, mematuhi terma arahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam arahan itu, dan jika orang itu dengan sengaja mengabaikan atau tidak mematuhi arahan itu dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a)
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan
Undang-Undang Malaysia 52
Akta 694
(b)
didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai lebihan itu, jika lebihan itu dapat dinilai, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
(5)
Tiap-tiap orang yang kepadanya notis atau arahan dihantar oleh seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi di bawah seksyen ini hendaklah terikat untuk menyatakan yang benar dan hendaklah mendedahkan segala maklumat yang diketahuinya, atau tersedia untuknya atau yang dapat diperoleh olehnya.
(6)
Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa akaun, dokumen atau rekod, sebagai jawapan bagi apa-apa notis di bawah subseksyen (1), orang itu, ejennya atau pekerjanya, atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya atau atas arahannya, tidak boleh semata-mata oleh sebab pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang atau di bawah atau menurut kuasa apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.
(7)
Subseksyen (6) tidak boleh menggalang, menghalang atau melarang pemulaan apa-apa pendakwaan bagi apa-apa kesalahan—
(a)
sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini;
(b)
memberikan keterangan palsu berhubung dengan apa-apa pernyataan dengan bersumpah atau berikrar yang diberikan kepada seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat
Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi menurut seksyen ini;
atau
(c)
yang diperuntukkan dalam seksyen 27.
Arahan untuk tidak melepaskan, berurusan tentang, harta alih di institusi kewangan, dsb.