Malaysia legislation

Section 38

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 38

(a)

dengan pengeluaran Notis Penyitaan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan butir harta tak alih yang disita itu setakat yang butir itu diketahuinya, dan melarang segala urusan tentang harta tak alih itu;

Undang-Undang Malaysia 54

Akta 694

(b)

dengan menyiarkan suatu salinan Notis itu dalam dua akhbar yang diedarkan di Malaysia, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan dan yang satu lagi dalam bahasa Inggeris; dan

(c)

dengan menyampaikan suatu salinan Notis itu pada

Pentadbir Tanah atau Pendaftar Hakmilik, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Semenanjung Malaysia, atau Pendaftar Hakmilik atau Pemungut Hasil Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sabah, atau pada Pengarah Tanah dan Ukur atau Pendaftar yang bertanggungjawab bagi hakmilik tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sarawak, bagi kawasan tempat terletaknya harta tak alih itu.

(2)

Pentadbir Tanah, Pemungut Hasil Tanah, Pengarah Tanah dan

Ukur, Pendaftar Hakmilik atau Pendaftar yang bertanggungjawab bagi hakmilik tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dengan serta-merta apabila disampaikan kepadanya Notis Penyitaan di bawah subseksyen (1)

mencatatkan terma Notis Penyitaan itu pada dokumen hakmilik yang berkenaan dengan harta tak alih itu dalam Daftar di pejabatnya.

(3)

Jika catatan tentang Notis Penyitaan telah dibuat di bawah subseksyen (2), Notis itu hendaklah mempunyai kesan melarang segala urusan berkenaan dengan harta tak alih itu, dan selepas catatan itu dibuat tiada urusan berkenaan dengan harta tak alih itu boleh didaftarkan, tidak kira sama ada ia disempurnakan sebelum atau selepas pengeluaran Notis itu atau pembuatan catatan itu.

(4)

Subseksyen (3) tidaklah terpakai bagi sesuatu urusan yang dilaksanakan oleh seseorang pegawai badan awam atas sifatnya sebagai pegawai sedemikian, atau selainnya oleh atau bagi pihak

Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau suatu pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun lain.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau (3)

atau melakukan apa-apa perbuatan yang menghasilkan, atau menyebabkan, pelanggaran subseksyen (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua kali ganda nilai harta yang berkenaan dengannya perintah

Pendakwa Raya telah dilanggar, atau lima puluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 55

(6)

Jika suatu Notis Penyitaan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1), menjadi kesalahan bagi tuan punya berdaftar harta tak alih yang disita di bawah Notis itu, atau bagi mana-mana orang lain yang mempunyai apa-apa kepentingan mengenai harta tak alih itu, yang tahu tentang Notis itu, membuat perjanjian dengan disedarinya dengan mana-mana orang untuk menjual, memindah hakmilik, atau selainnya melupuskan atau membuat urusan tentang, keseluruhan atau mana-mana bahagian harta tak alih itu.

Larangan urusan tentang harta di luar Malaysia