Malaysia legislation

Section 3

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 3

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ahli sesuatu Dewan Undangan Negeri” termasuklah seseorang pegawai badan awam yang menjadi anggota Majlis Mesyuarat

Kerajaan Negeri oleh sebab jawatannya;

“anggota pentadbiran” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan;

“badan awam” termasuklah—

(a)

Kerajaan Malaysia;

(b)

Kerajaan sesuatu Negeri;

(c)

mana-mana pihak berkuasa tempatan dan mana-mana pihak berkuasa berkanun yang lain;

(d)

mana-mana jabatan, perkhidmatan atau pengusahaan

Kerajaan Malaysia, Kerajaan sesuatu Negeri, atau sesuatu pihak berkuasa tempatan;

(e)

mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah

*subseksyen 7(1) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335];

(f)

mana-mana cawangan sesuatu pertubuhan berdaftar yang ditubuhkan di bawah *seksyen 12 Akta Pertubuhan 1966;

(g)

mana-mana badan sukan yang didaftarkan di bawah seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576];

(h)

mana-mana koperasi yang didaftarkan di bawah seksyen 7

Akta Koperasi 1993 [Akta 502];

*CATATAN—Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] telah disemak dan dinamakan sebagai Akta

Pertubuhan 1966 [Akta 832] yang mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2021.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 11

(i)

mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah seksyen 12 Akta Kesatuan Sekerja 1959 [Akta 262];

(j)

mana-mana pertubuhan belia yang didaftarkan di bawah seksyen 9 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan

Belia 2007 [Akta 668];

(k)

mana-mana syarikat atau syarikat subsidiari yang terhadapnya atau yang dalamnya mana-mana badan awam yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (e), (f), (g), (h), (i)

atau (j) mempunyai kawalan atau kepentingan; atau

(l)

mana-mana pertubuhan, kesatuan, organisasi atau badan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;

“buku jurubank” termasuklah lejar, buku harian, buku tunai, buku akaun dan segala buku dan dokumen lain yang digunakan dalam perjalanan biasa urusan sesuatu bank;

“ejen” ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh atau bertindak bagi seorang lain, dan termasuklah pegawai badan awam atau yang berkhidmat dalam atau di bawah mana-mana badan awam, pemegang amanah, pentadbir atau wasi pusaka seseorang yang sudah mati, subkontraktor, dan mana-mana orang yang diambil kerja oleh atau yang bertindak bagi pemegang amanah, pentadbir atau wasi, atau subkontraktor itu;

“harta” ertinya apa-apa jenis harta tanah atau harta alih, termasuk wang, sama ada terletak di Malaysia atau di tempat lain, sama ada ketara atau tidak ketara, dan termasuklah sesuatu kepentingan dalam mana-mana harta tanah atau harta alih itu;

“institusi kewangan” ertinya—

(a)

sesuatu bank berlesen, penanggung insurans berlesen dan bank pelaburan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];

(b)

sesuatu bank Islam antarabangsa berlesen, pengendali takaful antarabangsa berlesen, bank Islam berlesen dan pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013 [Akta 759];

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 694

(c)

sesuatu institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi

Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];

(d)

seseorang pemegang lesen di bawah Akta Perniagaan

Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731];

(e)

seseorang yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];

(f)

depositori pusat yang ditubuhkan di bawah Akta Perindustrian

Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 [Akta 453];

(g)

sesuatu pemegang lesen bank, pemegang lesen insurans, pemegang lesen sekuriti dan mana-mana entiti yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];

(h)

sesuatu pemegang lesen bank Islam, pemegang lesen takaful, pemegang lesen sekuriti Islam dan mana-mana entiti yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010

[Akta 705]; dan

(i)

mana-mana institusi kewangan lain yang ditubuhkan atau dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau mana-mana koperasi yang didaftarkan atau disifatkan sebagai telah didaftarkan di bawah Akta

Koperasi 1993;

“instrumen wang” ertinya syiling atau mata wang Malaysia atau mana-mana negara lain, cek kembara, cek peribadi, cek bank, kiriman wang, cagaran pelaburan atau instrumen boleh niaga dalam bentuk pembawa atau selainnya dalam sedemikian bentuk sehingga hakmilik baginya berpindah apabila diserahkan atau apabila diserahkan dan diendorskan;

“kesalahan di bawah Akta ini” termasuklah sesuatu kesalahan ditetapkan;

“kesalahan ditetapkan” ertinya—

(a)

mana-mana kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual;

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 13

(b)

kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 137

Akta Kastam 1967 [Akta 235];

(c)

kesalahan di bawah Bahagian III Akta Kesalahan Pilihan

Raya 1954 [Akta 5];

(d)

sesuatu percubaan untuk melakukan mana-mana kesalahan yang disebut dalam perenggan (a) hingga (c); atau

(e)

sesuatu persubahatan atau komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam

Kanun Keseksaan [Akta 574]) mana-mana kesalahan yang disebut dalam perenggan (a) hingga (c), sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan berbangkit daripadanya;

“Ketua Pesuruhjaya” ertinya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia yang dilantik di bawah seksyen 5;

“mahkamah” ertinya—

(a)

Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah Tinggi; atau

(b)

Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret atau Hakim

Mahkamah Sesyen atau Majistret, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia;

“pegawai” atau “pegawai rendah” ertinya mana-mana pegawai atau pegawai rendah yang dilantik di bawah subseksyen 6(1)

atau (2);

“pegawai awam asing” termasuklah—

(a)

mana-mana orang yang memegang jawatan perundangan, eksekutif, pentadbiran atau kehakiman sesuatu negara asing, sama ada dilantik atau dipilih;

(b)

mana-mana orang yang menjalankan fungsi awam bagi sesuatu negara asing, termasuk seseorang yang diambil kerja oleh sesuatu lembaga, suruhanjaya, perbadanan,

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 694

atau badan atau pihak berkuasa lain yang ditubuhkan untuk melaksanakan tugas atau fungsi bagi pihak negara asing itu; dan

(c)

mana-mana orang yang diberi kuasa oleh organisasi antarabangsa awam untuk bertindak bagi pihak organisasi itu;

“pegawai badan awam” ertinya mana-mana orang yang menjadi anggota, pegawai, pekerja atau pekhidmat sesuatu badan awam, dan termasuklah anggota pentadbiran, ahli Parlimen, ahli sesuatu

Dewan Undangan Negeri, hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah

Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, dan mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada wang awam, dan, jika badan awam itu ialah suatu perbadanan seorang, termasuklah orang yang diperbadankan sebagai perbadanan itu;

“pegawai kanan Suruhanjaya” ertinya Ketua Pesuruhjaya,

Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya,

Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya, Penolong Kanan Pesuruhjaya,

Penolong Pesuruhjaya, Penguasa Kanan, dan Penguasa;

“pegawai Suruhanjaya” ertinya Ketua Pesuruhjaya dan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 6(1);

“pembeli dengan suci hati dengan balasan berharga” ertinya mana-mana penerima pindahan, pemegang serah hak, pemegang gadaian, pemegang gadai janji, pemegang sandaran, pemegang lien, atau penerima pajak, mana-mana harta jika pemindahan, penyerahhakan, gadaian, gadai janji, sandaran, lien atau pajakan itu telah diperolehnya dengan membayar balasan yang memadai dalam bentuk wang atau nilai wang, tanpa notis bahawa harta itu telah diperoleh berbangkit daripada pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;

“perniagaan” ertinya apa-apa kegiatan yang dijalankan bagi maksud mendapat laba atau untung dan termasuklah segala harta yang didapati daripada, atau yang digunakan dalam atau bagi maksud penjalanan kegiatan itu, dan segala hak dan liabiliti yang berbangkit daripada kegiatan itu;

“pihak berkuasa berkanun” ertinya sesuatu pihak berkuasa, sama ada terdiri daripada orang seorang atau kumpulan orang, yang ditubuhkan melalui undang-undang Persekutuan atau Negeri dan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 15

menjalankan kuasa, menunaikan kewajipan atau melaksanakan fungsi yang diberikan kepada pihak berkuasa itu oleh mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri;

“pihak berkuasa tempatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976

[Akta 171];

“prinsipal” termasuklah mana-mana majikan, mana-mana benefisiari di bawah sesuatu amanah, mana-mana estet amanah, mana-mana orang yang mempunyai kepentingan benefisial dalam pusaka seseorang yang sudah mati, pusaka seseorang yang sudah mati, dan, dalam hal mana-mana orang yang berkhidmat dalam atau di bawah sesuatu badan awam, badan awam itu;

“saudara”, berhubung dengan seseorang, ertinya—

(a)

isteri atau suami orang itu;

(b)

adik atau abang atau kakak orang itu;

(c)

adik atau abang atau kakak isteri atau suami orang itu;

(d)

orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan orang itu;

(e)

orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan isteri atau suami orang itu;

(f)

orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan (b);

(g)

bapa saudara, emak saudara atau sepupu orang itu; atau

(h)

menantu orang itu;

“sekutu”, berhubung dengan seseorang, ertinya—

(a)

mana-mana orang yang merupakan penama atau pekerja orang itu;

(b)

mana-mana orang yang menguruskan hal ehwal orang itu;

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 694

(c)

mana-mana organisasi yang orang itu, atau mana-mana penamanya, menjadi pekongsinya, atau orang yang bertanggungjawab bagi atau mengawal, atau yang mempunyai kepentingan mengawal dalam, perniagaannya atau hal ehwalnya;

(d)

mana-mana perbadanan mengikut pengertian *Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang orang itu, atau mana-mana penamanya, menjadi pengarahnya atau bertanggungjawab bagi atau mengawal perniagaan atau hal ehwalnya, atau yang dalamnya orang itu, bersendirian atau bersama dengan mana-mana penamanya, mempunyai kepentingan mengawal, atau syer yang nilainya berjumlah tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada modal terbitan keseluruhan perbadanan itu; atau

(e)

pemegang amanah mana-mana amanah, jika—

(i)

amanah itu telah diwujudkan oleh orang itu; atau

(ii)

nilai keseluruhan aset yang disumbangkan oleh orang itu kepada amanah itu pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas amanah itu diwujudkan, berjumlah, pada bila-bila masa, tidak kurang daripada dua puluh peratus daripada keseluruhan nilai aset amanah itu;

“suapan” ertinya—

(a)

wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

(b)

apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

(c)

apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016

[Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 17

(d)

apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

(e)

apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

(f)

apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, termasuk perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

(g)

apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f);

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;

“urus niaga” termasuklah—

(a)

apa-apa belian, jualan, pinjaman, gadaian, gadai janji, lien, sandaran, kaveat, pindah hakmilik, serahan, serah hak, subrogasi, pindahan, alang, derma, amanah, peruntukan, deposit, pengambilan keluar, pemindahan antara akaun, atau pelanjutan kredit;

(b)

apa-apa pewakilan atau pemberian surat kuasa wakil; dan

(c)

apa-apa perbuatan yang menghasilkan apa-apa hak, kepentingan, hakmilik atau keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau akan datang atau sama ada terletak hak atau kontingen, dalam semua atau sebahagian daripada mana-mana harta yang diberikan kepada mana-mana orang.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 694