Malaysia legislation

Section 40

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 40

Pelucuthakan harta apabila pendakwaan dibuat bagi sesuatu kesalahan

(a)

kesalahan itu telah dibuktikan terhadap tertuduh; atau

(b)

kesalahan itu tidak dibuktikan terhadap tertuduh, tetapi mahkamah berpuas hati—

(i)

bahawa tertuduh bukan pemunya yang sebenar dan sah harta itu; dan

(ii)

bahawa tiada orang lain berhak kepada harta itu sebagai pembeli dengan suci hati dengan balasan berharga.

Undang-Undang Malaysia 56

Akta 694

(2)

Jika kesalahan itu dibuktikan terhadap tertuduh tetapi harta yang disebut dalam subseksyen (1) telah dilupuskan atau tidak dapat dikesan, mahkamah hendaklah memerintahkan supaya tertuduh membayar, sebagai penalti, suatu jumlah wang yang bersamaan dengan amaun suapan atau yang, pada pendapat mahkamah, merupakan nilai suapan yang diterima oleh tertuduh, dan apa-apa penalti sedemikian hendaklah boleh didapatkan sebagai denda.

Pelucuthakan harta jika tiada pendakwaan bagi sesuatu kesalahan

Section 40 — MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION ACT 2009