Malaysia legislation

Section 41

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 41

(2)

Hakim yang kepadanya permohonan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah menyebabkan suatu notis disiarkan dalam Warta memanggil mana-mana orang yang membuat tuntutan bahawa dia mempunyai kepentingan dalam harta itu supaya hadir di hadapan Mahkamah pada suatu tarikh yang dinyatakan dalam notis itu, untuk menunjukkan sebab mengapa harta itu tidak patut dilucuthakkan.

(3)

Jika Hakim yang kepadanya permohonan dibuat di bawah subseksyen (1) berpuas hati—

(a)

bahawa harta itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;

dan

(b)

tiada pembelian suci hati dengan balasan berharga berkenaan dengan harta itu, dia hendaklah membuat perintah bagi pelucuthakan harta itu.

(4)

Harta yang berkenaan dengannya tiada permohonan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah, apabila tamat tempoh lapan belas bulan dari tarikh penyitaannya, dilepaskan kepada orang yang daripadanya harta itu disita.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 57

Kebolehterimaan keterangan dokumentar 41a.  Jika apa-apa dokumen atau salinan apa-apa dokumen diperoleh oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini, dokumen itu hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Membuat urusan tentang harta selepas penyitaan adalah tidak sah