Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
(2)
Subseksyen (1) ialah tambahan kepada dan tidak mengurangkan subseksyen 38(3) dan (4).
(3)
Selagi sesuatu penyitaan apa-apa harta di bawah Akta ini berkuat kuasa, tiada tindakan, guaman atau prosiding lain yang bersifat sivil boleh dimulakan, atau jika ia belum selesai sebaik sebelum penyitaan itu, dikekalkan atau diteruskan, di mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain berkenaan dengan harta yang disita sedemikian, dan tiada penahanan, pelaksanaan atau proses yang seumpama itu boleh dimulakan, atau jika apa-apa proses sedemikian belum selesai sebelum penyitaan itu, dikekalkan atau diteruskan, berkenaan dengan harta itu oleh sebab apa-apa tuntutan, penghakiman atau dekri, tidak kira sama ada tuntutan itu telah dibuat atau penghakiman atau dekri itu telah diberikan sebelum atau selepas penyitaan itu dilaksanakan, kecuali atas kehendak Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu
Negeri, atau atas kehendak sesuatu pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun lain, atau kecuali dengan terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Undang-Undang Malaysia 58
Akta 694
Kuasa untuk memintas perhubungan