Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
(a)
untuk memintas, menahan dan membuka apa-apa barang pos dalam masa penghantarannya melalui pos;
(b)
untuk memintas apa-apa perutusan yang dihantar atau diterima melalui apa-apa telekomunikasi; atau
(c)
untuk memintas, mendengar dan merekodkan apa-apa perbualan melalui apa-apa telekomunikasi, dan mendengar hasil perekodan perbualan yang dipintas itu.
(2)
Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa maklumat yang diperoleh oleh pegawai
Suruhanjaya menurut subseksyen (1), sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya.
(3)
Sesuatu pemberikuasaan oleh Pendakwa Raya atau seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya atau yang lebih tinggi yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1)
boleh diberikan sama ada secara lisan atau bertulis; tetapi jika pemberikuasaan lisan diberikan, Pendakwa Raya atau pegawai
Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya atau yang lebih tinggi yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, mengubah pemberikuasaan itu ke dalam bentuk bertulis.
(4)
Sesuatu perakuan oleh Pendakwa Raya atau pegawai
Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya atau yang lebih tinggi yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya itu yang menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh seseorang pegawai Suruhanjaya menurut
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 59
subseksyen (1) telah diberi kuasa olehnya di bawah subseksyen itu hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa tindakan itu telah diberi kuasa sedemikian, dan perakuan itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangan Pendakwa
Raya atau pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya atau yang lebih tinggi yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya.
(5)
Tiada seorang pun mempunyai kewajipan, obligasi atau tanggungan, atau dengan apa-apa jua cara boleh dipaksa, untuk mendedahkan dalam apa-apa prosiding tatacara, kaedah, cara atau jalan, atau apa-apa perkara yang berkaitan dengannya, bagi apa-apa jua yang dilakukan di bawah perenggan (1)(a), (b) atau (c).
(6)
Bagi maksud seksyen ini, “barang pos” mempunyai erti yang sama seperti dalam *Akta Perkhidmatan Pos 1991
[Akta 465].
Penyerahan dokumen perjalanan