Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
Menghalang penyiasatan dan penggeledahan
(a)
enggan memberi mana-mana pegawai Suruhanjaya akses kepada mana-mana premis, atau tidak akur kepada pemeriksaan oleh seseorang yang diberi kuasa untuk memeriksanya di bawah Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 62
Akta 694
(b)
mengamang, menghalang, menggalang atau melengah-lengahkan pegawai Suruhanjaya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini;
(c)
tidak mematuhi apa-apa permintaan, notis, perintah atau kehendak yang sah seseorang pegawai Suruhanjaya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini;
(d)
tidak, enggan atau abai untuk memberi seseorang pegawai
Suruhanjaya apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya;
(e)
tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang pegawai
Suruhanjaya apa-apa buku, dokumen, atau barang, yang berhubung dengannya pegawai itu ada alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah atau sedang dilakukan, atau yang boleh disita di bawah Akta ini;
(f)
mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik atau menyebabkan diambil balik apa-apa jua yang telah disita dengan sewajarnya;
(g)
memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penyitaannya atau penahanan benda itu; atau
(h)
mengganggu, menakutkan, mengancam atau melarikan atau cuba untuk mengganggu, menakutkan, mengancam atau melarikan mana-mana orang yang terlibat dalam penyiasatan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan.
Kesalahan di bawah Akta menjadi kesalahan boleh tangkap dan kuasa pegawai Suruhanjaya yang berhubungan dengan penyiasatan