Malaysia legislation

Section 49

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 49

(2)

Tiap-tiap orang yang ditangkap di bawah subseksyen (1)

boleh dilepaskan daripada jagaan—

(a)

apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai Suruhanjaya;

(b)

apabila dia menyempurnakan suatu bon, dengan atau tanpa penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai Suruhanjaya; atau

(c)

apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai Suruhanjaya dan dia menyempurnakan suatu bon, dengan atau tanpa penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai Suruhanjaya.

(3)

Mana-mana orang yang telah dilepaskan daripada jagaan di bawah subseksyen (2) boleh ditangkap semula tanpa waran oleh mana-mana pegawai Suruhanjaya—

(a)

jika pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk padanya orang itu telah dilepaskan atau selainnya dibenarkan dijamin telah atau mungkin dilanggar; atau

(b)

apabila diberitahu secara bertulis oleh penjamin orang itu bahawa orang itu mungkin melanggar mana-mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk padanya orang itu telah dilepaskan dan bahawa penjamin itu hendak dibebaskan daripada obligasinya sebagai penjamin.

(4)

Mana-mana orang yang ditangkap di bawah subseksyen (3)

dan tidak dilepaskan hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan dalam apa-apa hal dalam masa dua puluh empat jam (tidak termasuk masa bagi apa-apa perjalanan yang perlu)

dikemukakan di hadapan Mahkamah Majistret dan jika didapati oleh

Mahkamah itu bahawa mana-mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk padanya orang itu telah dilepaskan atau selainnya dibenarkan dijamin telah atau mungkin dilanggar, Mahkamah itu boleh—

(a)

mereman orang itu dalam jagaan; atau

Undang-Undang Malaysia 64

Akta 694

(b)

membenarkan orang itu dijamin atas syarat yang sama atau atas syarat yang lain sebagaimana yang difikirkannya patut.

(5)

Jika seseorang yang ditangkap kerana sesuatu kesalahan di bawah Akta ini sedang menjalani hukuman pemenjaraan atau sedang ditahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan tahanan pencegahan, atau selainnya berada dalam jagaan yang sah, dia hendaklah, apabila diperintahkan secara bertulis oleh seseorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Penguasa atau yang lebih tinggi, dikemukakan di hadapan pegawai itu atau di hadapan mana-mana pegawai lain Suruhanjaya bagi maksud penyiasatan, dan bagi maksud itu dia boleh diletakkan dalam jagaan sah selama tempoh yang tidak melebihi empat belas hari.

(6)

Seseorang yang ditahan dalam jagaan yang sah di bawah subseksyen (5) atau selainnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain boleh, pada bila-bila masa, dijadikan tersedia untuk seseorang pegawai Suruhanjaya bagi maksud penyiasatan, atau boleh dibawa ke mana-mana tempat lain bagi maksud penggeledahan tempat itu, atau penyitaan apa-apa harta, atau pengenalpastian mana-mana orang atau bagi apa-apa maksud lain yang berkaitan dengan penyiasatan itu.

(7)

Tempoh seseorang berada dalam jagaan yang sah di bawah subseksyen (6) hendaklah dikira dalam mengira tempoh pemenjaraan, penahanan atau jagaan lainnya.

(8)

Jika seseorang telah ditangkap dan dibenarkan diikat jamin dan penjamin gagal untuk mengemukakannya atau jika syarat bon yang berdasarkannya atau tertakluk padanya seseorang dilepaskan tidak dipatuhi, Pendakwa Raya boleh memohon kepada

Mahkamah Majistret untuk suatu perintah pelucuthakan jumlah wang yang telah didepositkan dan Mahkamah itu hendaklah menguruskan permohonan itu mengikut seksyen 404 Kanun Tatacara

Jenayah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 65