Malaysia legislation

Section 50

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 50

(2)

Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 161, 162, 163 atau 164

Kanun Keseksaan dibuktikan bahawa orang itu telah menyetuju terima atau bersetuju untuk menyetuju terima, atau memperoleh atau cuba untuk memperoleh apa-apa suapan, orang itu hendaklah dianggap telah berbuat demikian sebagai motif atau upah bagi perkara yang dinyatakan dalam butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan.

(3)

Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan dibuktikan bahawa orang itu telah menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh apa-apa benda berharga tanpa balasan atau dengan balasan yang orang itu tahu tidak memadai, orang itu hendaklah dianggap telah berbuat demikian dengan mengetahui hal keadaan yang dinyatakan dalam butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan.

(4)

Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah perenggan 137(1)(b) Akta Kastam 1967

dibuktikan bahawa mana-mana pegawai kastam atau orang lain yang diambil kerja dengan sewajarnya bagi pencegahan penyeludupan telah menyetuju terima, bersetuju untuk menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh apa-apa sogokan, ganjaran, imbalan, atau

Undang-Undang Malaysia 66

Akta 694

upah, pegawai atau orang itu hendaklah dianggap telah berbuat demikian untuk mengabaikan atau tidak melaksanakan tugasnya sebagaimana yang dinyatakan dalam butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan.

Keterangan sokongan

Section 50 — MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION ACT 2009