Malaysia legislation

Section 52

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 52

(a)

tiada saksi boleh dianggap sebagai rakan sejenayah hanya semata-mata kerana saksi itu telah—

(i)

menyetuju terima, menerima, memperoleh, meminta, bersetuju untuk menyetuju terima atau menerima, atau cuba untuk memperoleh apa-apa suapan daripada mana-mana orang;

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 67

(ii)

memberikan, menjanjikan, menawarkan atau bersetuju untuk memberikan apa-apa suapan;

atau

(iii)

telah dengan apa-apa cara terlibat dalam pelakuan kesalahan itu atau tahu tentang pelakuan kesalahan itu;

(b)

tiada ejen provokasi, sama ada dia pegawai Suruhanjaya atau tidak, boleh dianggap tidak boleh dipercayai semata-mata kerana dia telah cuba melakukan, atau bersubahat dalam, telah bersubahat dalam atau terlibat dalam komplot jenayah untuk melakukan, kesalahan itu jika tujuan utama percubaan, persubahatan atau penglibatan itu adalah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu; dan

(c)

apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis yang dibuat kepada seseorang ejen provokasi oleh orang itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya.

(2)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, sesuatu sabitan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang berasaskan semata-mata pada keterangan tanpa sokongan mana-mana rakan sejenayah atau ejen provokasi tidaklah tak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu telah tidak menyebut dalam alasan penghakimannya keperluan supaya mengingatkan dirinya tentang bahaya membuat sabitan berdasarkan pada keterangan sedemikian.

Kebolehterimaan pernyataan orang tertuduh

Section 52 — MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION ACT 2009