Malaysia legislation

Section 5

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 5

Ketua Pesuruhjaya

(2)

Jika Ketua Pesuruhjaya dilantik dalam kalangan anggota perkhidmatan awam, tempoh pelantikan Ketua Pesuruhjaya tidak boleh melewati tarikh persaraan wajibnya daripada perkhidmatan awam, tetapi jika dia mencapai umur persaraan wajib itu dia boleh dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya oleh Yang di-Pertuan

Agong, atas nasihat Perdana Menteri, secara kontrak selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya.

(3)

Ketua Pesuruhjaya hendaklah, dalam tempoh pelantikannya sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan

Agong, tertakluk pada nasihat Perdana Menteri.

(4)

Ketua Pesuruhjaya hendaklah, selama tempoh jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya, disifatkan sebagai anggota perkhidmatan awam am Persekutuan bagi maksud tatatertib.

(5)

Ketua Pesuruhjaya hendaklah bertanggungjawab bagi arahan, kawalan dan pengawasan segala perkara yang berhubungan dengan

Suruhanjaya.

(6)

Ketua Pesuruhjaya hendaklah mempunyai segala kuasa pegawai Suruhanjaya dan hendaklah mempunyai apa-apa kuasa

Timbalan Pendakwa Raya sebagaimana yang diberi kuasa oleh

Pendakwa Raya bagi maksud Akta ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 19

(7)

Ketua Pesuruhjaya hendaklah, sebelum mula menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatannya, membuat di hadapan Yang di-Pertuan Agong, dengan cara yang diakuinya sebagai yang paling mengikat perasaan hati nuraninya, suatu akuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 71.

(8)

Maka hendaklah dikeluarkan kepada Ketua Pesuruhjaya suatu perakuan pelantikan dalam bentuk kad kuasa sebagai keterangan tentang pelantikannya.

(9)

Orang yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Badan Pencegah

Rasuah yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) Akta Pencegahan

Rasuah 1997 [Akta 575] hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya di bawah subseksyen (1) untuk selama baki tempoh pelantikannya di bawah Akta 1997 itu, dan kehendak subseksyen (7) hendaklah disifatkan telah dipenuhi.

Pelantikan pegawai lain Suruhanjaya

Section 5 — MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION ACT 2009