Malaysia legislation
Section 62
Seksyen 62
Pernyataan pembelaan
Apabila penyerahan dokumen oleh pihak pendakwaan telah dilakukan menurut seksyen 51a Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh hendaklah, sebelum permulaan perbicaraan, menyerahkan dokumen yang berikut kepada pihak pendakwaan:
(a)
suatu pernyataan pembelaan yang menyatakan secara am jenis pembelaan dan perkara mengenai pendakwaan yang dibantah oleh tertuduh, dengan menyatakan sebabnya;
dan
(b)
suatu salinan mana-mana dokumen yang akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada keterangan bagi pembelaan.
Pemeriksaan pesalah