Malaysia legislation

Section 63

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 63

(2)

Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang enggan membuat sumpah atau ikrar untuk menjawab apa-apa soalan yang sah hendaklah diperlakukan mengikut cara yang sama sebagaimana saksi yang enggan sedemikian boleh diperlakukan di sisi undang-undang oleh mahkamah.

(3)

Tiap-tiap orang yang dikehendaki supaya memberikan keterangan di bawah subseksyen (1), yang, pada pendapat mahkamah, membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang semua perkara yang tentangnya dia diperiksa dengan sah, hendaklah berhak menerima perakuan tanggung rugi di bawah meterai mahkamah

Undang-Undang Malaysia 74

Akta 694

itu yang menyatakan bahawa orang itu telah membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang semua perkara yang tentangnya dia diperiksa, dan perakuan itu hendaklah menjadi galangan bagi segala prosiding undang-undang terhadapnya berkenaan dengan semua benda itu.

(4)

Sesuatu permohonan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) boleh dikemukakan kepada mahkamah oleh pegawai yang menjalankan pendakwaan.

Section 63 — MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION ACT 2009