Malaysia legislation

Section 6

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 6

(2)

Hendaklah dilantik apa-apa bilangan pegawai rendah bagi

Suruhanjaya sebagaimana yang perlu untuk membantu Suruhanjaya melaksanakan peruntukan Akta ini.

(3)

Semua pegawai dan pegawai rendah Suruhanjaya ialah anggota perkhidmatan awam am Persekutuan.

(4)

Tiap-tiap pegawai dan pegawai rendah Suruhanjaya hendaklah mempunyai apa-apa kuasa sebagaimana yang diperuntukkan baginya di bawah Akta ini dan hendaklah tertakluk pada arahan, kawalan dan pengawasan Ketua Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai lain Suruhanjaya yang lebih tinggi pangkatnya daripadanya, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 694

menunaikan kewajipannya dengan mematuhi apa-apa arahan atau petunjuk sebagaimana yang dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh Ketua Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai lain Suruhanjaya yang lebih tinggi pangkatnya daripadanya.

(5)

Tiap-tiap pegawai Suruhanjaya yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah apabila mula-mula menyertai Suruhanjaya dan sebelum mula menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatannya membuat, di hadapan seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Penguasa Kanan atau yang lebih tinggi mengikut cara yang diakuinya sebagai yang paling mengikat perasaan hati nuraninya, suatu akuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 71.

(6)

Perakuan pelantikan dalam bentuk kad kuasa hendaklah dikeluarkan kepada tiap-tiap pegawai dan pegawai rendah

Suruhanjaya, dan kad itu hendaklah ditandatangani oleh Ketua

Pesuruhjaya dan hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang pelantikannya di bawah Akta ini.

(7)

Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, tiap-tiap orang yang memegang jawatan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997

hendaklah disifatkan sebagai pegawai Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen ini dan kehendak subseksyen (5) hendaklah disifatkan telah dipenuhi, dan tiap-tiap pegawai itu hendaklah memegang apa-apa gelaran jawatan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Fungsi pegawai Suruhanjaya