Malaysia legislation

Section 72

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 72

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa jua prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan, atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa terhadap—

(a)

Kerajaan Malaysia;

(b)

mana-mana pegawai atau pekerja Kerajaan Malaysia atau

Suruhanjaya;

(c)

mana-mana anggota Lembaga Penasihat atau Jawatankuasa

Khas atau mana-mana jawatankuasa lain yang ditubuhkan di bawah atau bagi maksud Akta ini; atau

(d)

mana-mana orang yang dengan sah bertindak bagi pihak

Kerajaan Malaysia, Suruhanjaya, pegawai atau pekerja

Kerajaan Malaysia atau Suruhanjaya, bagi atau kerana, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau berupa sebagai dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam melaksanakan, atau yang bermaksud menurut atau melaksanakan

Akta ini, atau apa-apa perintah bertulis, arahan, petunjuk, notis atau apa jua benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini:

Dengan syarat bahawa perbuatan atau pernyataan itu telah dilakukan atau dibuat, atau telah ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.

Section 72 — MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION ACT 2009