Malaysia legislation

Section 7

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 7

Pegawai Suruhanjaya hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta ini dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu;

(b)

untuk mengesan dan menyiasat—

(i)

apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini;

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 21

(ii)

apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; dan

(iii)

apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;

(c)

untuk meneliti amalan, sistem dan tatacara badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah Akta ini dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepada rasuah;

(d)

untuk mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan orang itu, tentang cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu;

(e)

untuk menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah;

(f)

untuk mendidik orang ramai untuk menentang rasuah;

dan

(g)

untuk mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah.

Pengemukaan kad kuasa

Section 7 — MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION ACT 2009