Malaysia legislation

Section 11

of AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009

Seksyen 11

(2)

Daftar hendaklah mengandungi yang berikut:

(a)

identiti peserta;

(b)

jika peserta telah diberikan suatu identiti baharu di bawah

Program, identiti baharu peserta itu;

(c)

alamat peserta;

(d)

sabitan terdahulu peserta;

(e)

tarikh peserta dimasukkan ke dalam Program;

(f)

tarikh peserta terhenti berada ke dalam Program; dan

(g)

butir-butir mengenai apa-apa perintah yang diberikan oleh

Ketua Pengarah di bawah subseksyen 15(1).

(3)

Pendaftar hendaklah menyimpan dalam jagaannya mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan olehnya dokumen yang berikut:

(a)

walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dalam hal seseorang peserta diberikan identiti baharu—

(i)

sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil perkahwinan dan apa-apa dokumen lain yang berhubungan dengan identiti asal peserta itu; dan

(ii)

suatu salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil perkahwinan dan apa-apa dokumen baharu lain yang dikeluarkan di bawah Program; dan

(b)

suatu salinan perintah yang diberikan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 15(1).

Akses kepada Daftar

Section 11 — AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 | mylaw.my