Malaysia legislation

Section 13

of AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009

Seksyen 13

Akta 696

(2)

Tindakan itu boleh termasuk—

(a)

menyediakan tempat tinggal untuk peserta itu;

(b)

menempatkan semula peserta itu;

(c)

memohon bagi apa-apa dokumen yang perlu untuk membolehkan peserta itu mewujudkan suatu identiti baharu;

(d)

menyediakan pengangkutan bagi memindahkan harta peserta itu;

(e)

memberikan pembayaran yang bersamaan dengan saraan yang diterima oleh peserta itu sebelum dimasukkan ke dalam Program termasuk apa-apa kenaikan kepada saraan itu yang peserta itu sepatutnya berhak menerima, jika dia tidak dimasukkan ke dalam Program;

(f)

jika peserta itu tidak bekerja sebelum dimasukkan ke dalam Program, memberikan pembayaran kepada peserta itu bagi maksud memenuhi perbelanjaan sara hidup yang munasabah peserta itu termasuk, jika sesuai, perbelanjaan sara hidup keluarga peserta itu dan memberikan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bantuan kewangan lain yang munasabah;

Perlindungan Saksi 15

(g)

memberikan pembayaran kepada peserta itu bagi maksud memenuhi kos yang berkaitan dengan penempatan semula;

(h)

memberikan bantuan kepada peserta itu dalam mendapatkan pekerjaan dan akses kepada pendidikan;

(i)

memberikan bantuan lain kepada peserta itu dengan tujuan untuk memastikan bahawa peserta menjadi dapat menyara diri; dan

(j)

apa-apa tindakan lain sebagaimana yang didapati perlu oleh Ketua Pengarah.

(3)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, tiada penempatan semula mana-mana peserta boleh dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan (2)(b)—

(a)

ke Negeri Sabah dari mana-mana tempat di luar Negeri

Sabah; dan

(b)

ke Negeri Sarawak dari mana-mana tempat di luar Negeri

Sarawak.

(4)

Jika Ketua Pengarah membuat permintaan kepada mana-mana orang, yang mempunyai kuasa atau kewajipan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mengeluarkan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil perkahwinan atau apa-apa dokumen lain yang berhubungan dengan identiti seseorang peserta, untuk mengeluarkan suatu dokumen baharu yang perlu untuk membolehkan peserta itu mewujudkan suatu identiti baharu, orang itu hendaklah mematuhi permintaan itu.

(5)

Ketua Pengarah tidak boleh memohon bagi apa-apa dokumen untuk membolehkan seseorang peserta mewujudkan suatu identiti baharu di bawah perenggan (2)(c) melainkan jika dia telah mendapat keizinan bertulis peserta itu.

(6)

Ketua Pengarah boleh membenarkan pegawainya menggunakan nama samaran dalam menjalankan kewajipan mereka berhubung dengan Program dan untuk membawa dokumen yang menyokong nama samaran itu.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 696