Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(a)
hak atau obligasi itu diuruskan mengikut undang-undang yang berkaitan; atau
(b)
peserta itu mematuhi sekatan itu.
(2)
Tindakan di bawah subseksyen (1) boleh termasuk—
(a)
memberikan perlindungan untuk peserta semasa peserta itu hadir di mahkamah; atau
(b)
memberitahu pihak atau yang mungkin menjadi pihak kepada apa-apa prosiding undang-undang bahawa Ketua
Pengarah akan menerima proses yang dikeluarkan oleh mahkamah atau tribunal bagi pihak peserta itu, dan
Ketua Pengarah boleh melantik mana-mana pegawai bagi maksud itu.
(3)
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa peserta yang telah diberikan suatu identiti baharu di bawah Program menggunakan identiti baharu itu untuk—
(a)
mengelak obligasi yang dilakukan sebelum identiti baharu itu diberikan; atau
(b)
mengelak daripada mematuhi sekatan yang dikenakan sebelum identiti baharu itu diberikan,
Ketua Pengarah hendaklah memberikan notis secara bertulis kepada peserta itu.
(4)
Notis di bawah subseksyen (3) hendaklah menyatakan bahawa, melainkan jika peserta itu memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa obligasi itu akan diuruskan mengikut undang-undang yang
Perlindungan Saksi 17
berkaitan atau sekatan itu akan dipatuhi, Ketua Pengarah hendaklah mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang semunasabahnya didapatinya perlu untuk memastikan bahawa obligasi itu diuruskan mengikut undang-undang atau sekatan itu dipatuhi.
(5)
Tindakan yang diambil di bawah subseksyen (4) boleh termasuk memaklumkan mana-mana orang yang sedang menuntut untuk menguatkuasakan hak terhadap peserta itu butir-butir mengenai apa-apa harta, sama ada tanah atau sendiri, yang dipunyai oleh peserta itu di bawah identiti asalnya.
Ketidakdedahan identiti asal peserta