Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(a)
peserta itu telah memberikan maklumat yang diketahuinya adalah palsu atau mengelirukan;
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 696
(b)
kelakuan atau kelakuan yang mengugut peserta itu adalah, pada pendapat Ketua Pengarah, berkemungkinan menjejaskan integriti Program;
(c)
hal keadaan yang menimbulkan keperluan bagi perlindungan dan bantuan bagi peserta itu tidak wujud; atau
(d)
pada pendapat Ketua Pengarah, tiada justifikasi yang munasabah bagi peserta itu terus berada dalam Program.
(2)
Peguam Negara hendaklah apabila menerima syor di bawah subseksyen (1) memutuskan sama ada untuk menamatkan perlindungan dan bantuan yang diberikan kepada peserta itu di bawah Program atau tidak.
(3)
Peguam Negara hendaklah memberikan kepada seseorang peserta suatu peluang untuk didengar sebelum membuat keputusannya di bawah subseksyen (2).
(4)
Peruntukan subseksyen (3) tidak terpakai jika Peguam
Negara tidak mengetahui di mana peserta itu berada.
(5)
Jika seseorang peserta telah diberikan peluang untuk didengar dan peserta itu tidak membuat apa-apa representasi,
Peguam Negara hendaklah terus membuat keputusan atas syor yang dikemukakan.
(6)
Walau apa pun subseksyen (1), seseorang peserta boleh membuat permintaan secara bertulis kepada Ketua Pengarah supaya perlindungan dan bantuan yang diberikan di bawah Program ditamatkan oleh Peguam Negara.
(7)
Apabila menerima permintaan di bawah subseksyen (6),
Ketua Pengarah hendaklah membuat syor kepada Peguam Negara untuk keputusannya.
(8)
Jika seseorang peserta terkilan dengan keputusan Peguam
Negara di bawah subseksyen (2) atau (7), dia boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keputusan itu.
Perlindungan Saksi 19
(9)
Jika suatu rayuan dibuat di bawah subseksyen (2) atau (7)—
(a)
Peguam Negara hendaklah mengemukakan alasan keputusannya berserta syor Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) atau (7) kepada Menteri; dan
(b)
seseorang peserta hendaklah terus berada dalam Program sehingga suatu keputusan mengenai rayuan itu dibuat oleh Menteri.
(10)
Menteri hendaklah, apabila menerima suatu rayuan di bawah subseksyen (8), membuat keputusan atas rayuan itu.
(11)
Apabila perlindungan dan bantuan yang diberikan di bawah
Program kepada seseorang peserta ditamatkan, Ketua Pengarah boleh jika suai manfaat dan perlu—
(a)
memberitahu peserta itu mengenai penamatan itu; dan
(b)
memberitahu perkhidmatan awam dan pihak berkuasa awam yang berkaitan mengenai penamatan itu.