Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi penguatkuasaan” termasuklah suatu badan atau agensi yang bertanggungjawab bagi penguatkuasaan undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan, pengesanan dan penyiasatan mana-mana kesalahan;
“Daftar” ertinya Daftar Peserta yang disenggarakan di bawah seksyen 11;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 696
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perlindungan Saksi yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Program Perlindungan Saksi;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Perlindungan Saksi yang dilantik di bawah subseksyen 11(1);
“peserta” ertinya seorang saksi yang telah dimasukkan ke dalam
Program;
“pihak berkuasa awam” ertinya pihak berkuasa awam sebagaimana yang ditakrifkan dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan
Persekutuan;
“Program” ertinya Program Perlindungan Saksi yang diwujudkan di bawah Akta ini;
“prosiding jenayah” termasuklah apa-apa perbicaraan atau siasatan jenayah di hadapan mahkamah atau tribunal yang mempunyai bidang kuasa jenayah, inkues atau siasatan mengenai kematian dan penyiasatan polis di bawah Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593], dan apa-apa penyiasatan oleh mana-mana pihak berkuasa lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
“saksi” ertinya—
(a)
seseorang yang telah memberikan atau yang telah bersetuju untuk memberikan keterangan bagi pihak Kerajaan dalam sesuatu prosiding jenayah;
(b)
seseorang yang telah memberikan atau yang telah bersetuju untuk memberikan keterangan, selain yang disebut dalam perenggan (a), berhubung dengan pelakuan atau kemungkinan pelakuan sesuatu kesalahan;
(c)
seseorang yang telah memberikan apa-apa maklumat, pernyataan atau bantuan kepada seseorang pegawai awam atau pegawai pihak berkuasa awam berhubung dengan sesuatu kesalahan;
Perlindungan Saksi 7
(d)
seseorang yang, bagi apa-apa sebab lain, mungkin menghendaki perlindungan atau bantuan di bawah
Program; atau
(e)
seseorang yang, kerana hubungan atau perkaitannya dengan mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (a)
hingga (d), mungkin menghendaki perlindungan atau bantuan di bawah Program.