Malaysia legislation

Section 8

of AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009

Seksyen 8

(a)

mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai semua obligasi di sisi undang-undang saksi itu yang belum selesai;

(b)

mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai apa-apa hutang saksi itu yang tertunggak, termasuk apa-apa cukai tertunggak;

(c)

mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai sejarah jenayah saksi itu yang termasuklah perintah yang berhubungan dengan hukuman yang dikenakan ke atas saksi itu;

(d)

mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai apa-apa prosiding sivil yang telah dimulakan oleh atau terhadap saksi itu;

(e)

mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai apa-apa prosiding kebankrapan yang telah dimulakan terhadap saksi itu;

(f)

memaklumkan kepada Ketua Pengarah sama ada saksi itu ialah seorang bankrap belum lepas di bawah Akta

Insolvensi 1967 [Akta 360] dan, jika saksi itu ialah seorang bankrap belum lepas, hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah salinan semua dokumen yang berhubungan dengan kebankrapan itu;

(g)

memaklumkan kepada Ketua Pengarah sama ada terdapat apa-apa sekatan terhadap saksi itu untuk memegang jawatan dalam syarikat, sama ada awam atau persendirian dan, jika ada, memberikan kepada Ketua Pengarah salinan semua dokumen yang berhubungan dengan sekatan itu;

(h)

mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai status imigresen saksi itu;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 696

(i)

mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai apa-apa perintah reparasi yang sedang berkuat kuasa terhadap saksi itu;

(j)

mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai liabiliti kewangan dan aset saksi itu, sama ada nyata atau sendiri;

(k)

memaklumkan kepada Ketua Pengarah sama ada apa-apa harta saksi itu, sama ada tanah atau sendiri, boleh dilucuthakkan atau dirampas atau adalah tertakluk kepada sekatan di bawah mana-mana undang-undang lain;

(l)

memaklumkan kepada Ketua Pengarah mengenai keadaan perubatan secara menyeluruh saksi itu;

(m)

mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai apa-apa perintah mahkamah yang berkaitan atau perkiraan yang berhubungan dengan jagaan atau akses kepada kanak-kanak;

(n)

mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai apa-apa urusan perniagaan yang melibatkan saksi itu;

dan

(o)

mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai apa-apa perkiraan yang telah dibuat oleh saksi itu bagi—

(i)

penyampaian dokumen kepada saksi itu;

(ii)

pewakilan dalam prosiding mahkamah;

(iii)

penguatkuasaan penghakiman yang memihak kepada saksi itu; dan

(iv)

pematuhan kepada penguatkuasaan penghakiman terhadap saksi itu.

(2)

Ketua Pengarah boleh menghantar saksi itu untuk menjalani pemeriksaan perubatan, psikologi dan psikiatri untuk menentukan kesesuaiannya untuk dimasukkan ke dalam Program.

Perlindungan Saksi 11

(3)

Mana-mana orang yang mendedahkan atau memberikan maklumat kepada Ketua Pengarah bagi maksud membantu

Ketua Pengarah dalam memutuskan sama ada atau tidak untuk mengesyorkannya supaya dimasukkan ke dalam Program, tidak boleh mendedahkan atau memberikan maklumat yang diketahuinya atau semunasabahnya diketahui adalah palsu.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Faktor untuk dipertimbangkan

Section 8 — AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 | mylaw.my