Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(2)
Jika mana-mana orang yang kepadanya suatu lesen telah dikeluarkan di bawah Akta ini disabitkan atas kesalahan kedua atau yang berikutnya di bawah Akta ini, mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada penalti yang boleh dikenakan, mengarahkan supaya orang itu hilang kelayakan untuk memegang suatu lesen di bawah Akta ini bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun sebagaimana yang ditentukan oleh mahkamah.
(3)
Mana-mana orang yang mendapatkan atau cuba untuk mendapatkan suatu lesen semasa dia hilang kelayakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Makanan Haiwan 19