Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
(a)
melepaskan bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milik, jagaan atau kawalannya ia disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai diberi kuasa berhak kepadanya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh pegawai diberi kuasa itu, dan tertakluk dalam apa-apa jua hal, kepada pemberian jaminan yang mencukupi yang memuaskan hati pegawai diberi kuasa itu bahawa bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu akan diserahkan kepada pegawai diberi kuasa itu apabila permintaan dibuat oleh pegawai diberi kuasa itu dan bahawa terma dan syarat tersebut, jika ada, akan dipatuhi;
(b)
melepaskan makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milik, jagaan atau kawalannya ia disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai diberi kuasa berhak kepadanya, dengan kebebasan diberikan kepada orang yang kepadanya ia dilepaskan sedemikian untuk melupuskannya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh pegawai diberi kuasa itu, dan tertakluk, dalam apa-apa jua hal, kepada pemberian jaminan yang mencukupi yang memuaskan hati pegawai diberi kuasa itu dalam jumlah yang tidak kurang daripada jumlah yang pada pendapat pegawai diberi kuasa itu melambangkan—
(i)
nilai pasaran terbuka makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu pada tarikh ia dilepaskan sedemikian;
Makanan Haiwan 31
(ii)
duti kastam yang kena dibayar berkenaan dengannya, jika ada; dan
(iii)
cukai yang kena dibayar berkenaan dengannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, jika ada, bagi bayaran jumlah yang dijamin sedemikian kepada Lembaga sekiranya mahkamah membuat perintah melucuthakkan jumlah itu di bawah Akta ini; atau
(c)
menjual atau memusnahkan, sebagaimana yang sesuai dalam hal keadaan itu, makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan atau benda lain yang, pada pendapat pegawai diberi kuasa itu, ialah jenis yang mudah musnah atau mungkin cepat merosot mutu atau nilainya, dan jika ia dijual sedemikian, pegawai diberi kuasa itu hendaklah memegang hasil jualan itu sementara menunggu keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan.
(2)
Mana-mana orang yang—
(a)
apabila diminta tidak menyerahkan kepada seseorang pegawai diberi kuasa apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang telah dilepaskan kepadanya di bawah perenggan (1)(a); atau
(b)
tidak mematuhi atau melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan (1)(a) atau (b), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
(3)
Liabiliti jenayah mana-mana orang di bawah subseksyen (2)
hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa liabiliti lain yang ditanggung oleh orang itu atau mana-mana orang lain di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang berhubungan dengan pelepasan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain di bawah perenggan (1)(a) atau apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain di bawah perenggan (1)(b).
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 698
Pelucuthakan atau pelepasan makanan haiwan, dsb. yang disita