Malaysia legislation

Section 40

of *AKTA MAKANAN HAIWAN 2009

Seksyen 40

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu merupakan hal perkara atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

(3)

Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan baginya telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5), (6)

dan (7).

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu tidak boleh dilucuthakkan

Makanan Haiwan 33

boleh, memberi sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang dalam jagaannya makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu dipegang bahawa dia menuntut makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu.

(5)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada seorang Majistret bagi mendapatkan keputusannya.

(6)

Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu dan orang yang daripadanya ia disita hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.

(7)

Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu yang disebut dalam subseksyen (6) merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, maka Majistret hendaklah memerintahkan supaya makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.

(8)

Apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantarserahkan kepada pegawai diberi kuasa itu dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 698

Section 40 — FEED ACT 2009 | mylaw.my