Malaysia legislation

Section 100

of *AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009

Seksyen 100

Kecualian dan peralihan

(a)

Bahagian III Akta dimansuhkan hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya sehingga tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri mengikut subseksyen 1(2) bagi permulaan kuat kuasa Bahagian VIII

Akta ini;

(b)

subperenggan 30(1)(oo)(ii), (iii), (iiia), (iv) dan (v) Akta dimansuhkan hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya sehingga tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta bagi pemansuhan itu berkuat kuasa;

(c)

modal Bank di bawah Akta dimansuhkan yang pada permulaan kuat kuasa Akta ini ialah satu ratus juta ringgit

96 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

yang amaun dua puluh juta ringgit merupakan modal Bank yang dilanggan dan dibayar oleh Kerajaan di bawah subseksyen 6(2) Akta dimansuhkan semasa penubuhan

Bank dan amaun tambahan lapan puluh juta ringgit yang dilanggan dan dibayar kemudiannya oleh Kerajaan menurut subseksyen 6(3) Akta dimansuhkan hendaklah terus menjadi modal Bank di bawah Akta ini;

(d)

orang yang memegang jawatan di bawah Akta dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini sebagai —

(i)

Gabenor;

(ii)

Timbalan Gabenor;

(iii)

pengarah; atau

(iv)

pegawai atau pekerja Bank, hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah Akta ini dan hendaklah terus memegang jawatan itu bagi tempoh jawatan orang itu yang belum habis tempohnya di bawah

Akta dimansuhkan pada masa Akta itu dimansuhkan di bawah seksyen 99;

(e)

Ibu Pejabat dan mana-mana cawangan yang dibuka, atau mana-mana ejen, koresponden atau wakil yang dilantik di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dibuka dan dilantik di bawah atau mengikut Akta ini;

(f)

Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan dan anggota-anggotanya yang dilantik di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan ditubuhkan dan dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah atau mengikut Akta ini;

(g)

mata wang kertas dan syiling yang dikeluarkan di bawah

Akta dimansuhkan dan yang sah diperlakukan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus sah diperlakukan di Malaysia pada nilai muka

Bank Negara Malaysia 97

sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 24 Akta dimansuhkan dan tiap-tiap kontrak, jualan, bayaran, bil, nota, instrumen dan jaminan bagi wang dan tiap-tiap transaksi, urus niaga, perkara dan benda yang berhubungan dengan wang atau melibatkan bayaran, atau liabiliti untuk membayar, apa-apa wang yang jika tidak kerana perenggan ini akan menjadi telah dilakukan, disempurnakan, dibuat, diselesaikan dan didapati dalam, dan berhubung dengan mata wang kertas dan syiling yang dikeluarkan di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dilakukan, disempurnakan, dibuat, diselesaikan dan didapati dengan sah, dalam dan berhubung dengan mata wang kertas dan syiling yang dikeluarkan di bawah Akta ini;

(h)

mata wang kertas dan syiling yang dikeluarkan di bawah

Akta dimansuhkan yang terhenti menjadi sah diperlakukan hendaklah tidak terjejas oleh Akta ini dan apa-apa obligasi Bank yang berhubungan dengan mata wang kertas dan syiling di bawah Akta dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa di bawah Akta ini;

(i)

perundangan subsidiari dan apa-apa kelulusan, arahan, keputusan, pengecualian, arahan amanah, syor, penentuan dan tindakan eksekutif lain yang dibuat atau dilakukan di bawah Akta dimansuhkan dan berkuat kuasa atau mempunyai kesan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa

Akta ini, hendaklah disifatkan telah dibuat atau dilakukan di bawah peruntukan yang bersamaan Akta ini, dan hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang kepadanya ia terpakai sehingga dipinda atau digantikan;

(j)

apa-apa arahan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan, atau apa-apa perbuatan atau benda yang telah dilakukan, oleh Bank berhubung dengan perniagaan kewangan Islam, atau apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh Majlis

Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 16B

Akta dimansuhkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dikeluarkan, dilakukan atau

98 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

dibuat dengan sah di bawah Akta ini dan hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang kepadanya ia terpakai sehingga dipinda atau digantikan;

(k)

apa-apa sekuriti yang diterbitkan oleh Bank di bawah —

(i)

subperenggan 30(1)(bb)(i) Akta dimansuhkan dan apa-apa hak atau liabiliti yang berhubungan dengan sekuriti itu hendaklah berterusan di bawah

Akta dimansuhkan sehingga obligasi itu dilepaskan; dan

(ii)

subperenggan 30(1)(bbb)(i) Akta dimansuhkan dan apa-apa hak atau liabiliti yang berhubungan dengan sekuriti itu hendaklah disifatkan sebagai terus diterbitkan di bawah atau mengikut Akta ini;

(l)

semua transaksi, urus niaga, kontrak, surat kuasa wakil atau perkiraan yang disempurnakan atau dibuat menurut undang-undang dan semua perniagaan yang dilakukan menurut undang-undang, di bawah atau mengikut Akta dimansuhkan dengan mana-mana orang lain hendaklah disifatkan telah disempurnakan, dibuat atau dilakukan menurut undang-undang dan secara sah, di bawah atau mengikut Akta ini, dan dengan demikian itu, apa-apa hak atau liabiliti di bawah transaksi, urus niaga atau urusan itu yang wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai terus menurut undang-undang dan sah di bawah Akta ini;

(m)

tiada apa jua pun boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini;

(n)

apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan jenayah, penyiasatan atau prosiding tatatertib yang belum selesai di bawah Akta dimansuhkan hendaklah diteruskan di bawah

Akta dimansuhkan;

Bank Negara Malaysia 99

(o)

mana-mana pertubuhan perbadanan, rumah penjelasan, biro kredit atau mana-mana sistem yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh Bank di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah ditubuhkan atau dikendalikan di bawah atau mengikut Akta ini;

(p)

apa-apa sekuriti atau syer yang dilanggan, diperoleh atau dipegang oleh Bank di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dilanggan, diperoleh atau dipegang oleh Bank menurut undang-undang dan sah di bawah atau mengikut Akta ini;

(q)

apa-apa surat ikatan amanah atau surat ikatan yang dikeluarkan atau disempurnakan di bawah

Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dikeluarkan atau disempurnakan menurut undang-undang dan secara sah di bawah atau mengikut Akta ini;

(r)

apa-apa rizab yang disimpan oleh institusi perbankan atau bank Islam di Bank menurut perenggan 37(1)(c) atau (d)

Akta dimansuhkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan telah disimpan di bawah atau mengikut Akta ini;

(s)

apa-apa obligasi menurut apa-apa pemberian, pinjaman atau bayaran lain yang dibuat oleh Bank di bawah Akaun

Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah subseksyen 15(5) atau apa-apa biasiswa yang diberikan oleh Bank di bawah seksyen 49

Akta dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa di bawah

Akta dimansuhkan sehingga obligasi itu dilepaskan;

(t)

apa-apa pinjaman yang diberikan oleh Bank di bawah seksyen 49 Akta dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa di bawah Akta dimansuhkan sehingga pinjaman itu diselesaikan;

(u)

Kumpulan Wang Rizab Am yang ditubuhkan di bawah seksyen 7 Akta dimansuhkan, apa-apa kumpulan wang pencen dan simpanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen

100 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

15(3) Akta dimansuhkan dan Akaun Kebajikan Kakitangan

Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah subseksyen 15(5) Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah ditubuhkan di bawah atau mengikut Akta ini dan apa-apa wang yang ada dalam atau kena dibayar kepada kumpulan wang itu hendaklah dipindahkan kepada dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang

Rizab Am, kumpulan wang pencen dan simpanan dan

Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

(v)

apa-apa harta alih, harta tak alih dan aset yang dibeli, diperoleh, dipajak atau dipegang oleh Bank di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dibeli, diperoleh, dipajak atau dipegang di bawah atau mengikut Akta ini;

(w)

apa-apa sebutan mengenai Akta dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta ini dan apa-apa sebutan mengenai mana-mana peruntukan tertentu

Akta dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai peruntukan Akta ini yang hampir-hampir bersamaan dengan peruntukan tertentu itu;

(x)

apa-apa keanggotaan Bank dalam mana-mana organisasi atau pada mana-mana jawatankuasa atau suruhanjaya yang dilantik oleh Kerajaan atau penyertaan dalam mana-mana kerjasama atau skim dua hala, serantau atau antarabangsa di bawah Akta dimansuhkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus berkuat kuasa di bawah Akta ini bagi tempoh yang belum habis bagi keanggotaan atau penyertaan itu;

(y)

apa-apa perbuatan yang dikehendaki dilakukan di bawah

Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai dikehendaki dilakukan di bawah atau mengikut Akta ini; dan

Bank Negara Malaysia 101

(z)

apa-apa hak, faedah, keistimewaan, obligasi atau liabiliti lain yang diperoleh, terakru atau ditanggung di bawah

Akta dimansuhkan, termasuk apa-apa obligasi untuk memelihara kerahsiaan, tidak terjejas oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat.

Section 100 — CENTRAL BANK OF MALAYSIA ACT 2009 | mylaw.my