Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(2)
Lembaga hendaklah —
(a)
bertanggungjawab bagi pentadbiran am hal ehwal dan urusan Bank dan kelulusan bagi belanjawan dan rancangan operasi Bank;
(b)
mempunyai pengawasan ke atas pengurusan Bank dan sentiasa mengkaji semula prestasi
Bank dalam melaksanakan matlamatnya, menjalankan fungsinya dan penggunaan sumber Bank; dan
(c)
bertanggungjawab terhadap apa-apa perkara lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
(3)
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
Gabenor;
(b)
tidak lebih daripada tiga orang Timbalan Gabenor; dan
(c)
tidak kurang daripada lima tetapi tidak lebih daripada lapan orang pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1).
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 701
(4)
Lembaga boleh menghendaki Bank untuk mengemukakan apa-apa buku atau dokumen dan hendaklah mempunyai akses kepada apa-apa maklumat yang perlu atau berkaitan bagi menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
(5)
Bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah Akta ini,
Lembaga boleh mengeluarkan undang-undang kecil sebagaimana yang perlu dan suai manfaat berhubung dengan pentadbiran, hal ehwal dan urusan Bank atau berkenaan dengan apa-apa perkara lain yang dinyatakan dalam Akta ini.
Gabenor dan Timbalan Gabenor