Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009

Seksyen 15

(2)

Gabenor dan Timbalan Gabenor hendaklah orang yang mempunyai reputasi yang sungguh baik dengan pengalaman yang telah terbukti dan pengetahuan yang diiktiraf dalam hal monetary atau kewangan.

(3)

Gabenor dan Timbalan Gabenor hendaklah dilantik atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikan mereka masing-masing.

(4)

Gabenor hendaklah dilantik bagi tempoh selama lima tahun dan

Timbalan Gabenor hendaklah setiap seorang dilantik bagi tempoh selama tiga tahun.

(5)

Gabenor dan Timbalan Gabenor adalah layak untuk dilantik semula.

(6)

Gabenor hendaklah menguruskan Bank dan boleh, melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, menjalankan segala kuasa dan melakukan segala perbuatan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Bank di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis.

Bank Negara Malaysia 25

(7)

Semasa ketiadaan Gabenor atau Gabenor tidak berdaya untuk bertindak atas apa-apa sebab, Timbalan Gabenor yang ditentukan oleh

Lembaga, atas syor Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga, hendaklah menguruskan Bank dan menjalankan segala kuasa dan melakukan segala perbuatan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Gabenor di bawah subseksyen (6).

(8)

Gabenor dan Timbalan Gabenor hendaklah, melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini, menumpukan sepenuh masa profesional mereka kepada perkhidmatan Bank dan semasa memegang jawatan itu tidak boleh memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain sama ada dengan saraan atau tidak:

Dengan syarat bahawa mereka boleh jika dilantik sedemikian dengan kelulusan Menteri —

(a)

menjadi pengarah, gabenor atau anggota sesuatu lembaga, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, atau sesuatu jawatankuasa atau pasukan petugas mana-mana institusi kewangan antarabangsa atau organisasi antarabangsa yang disertai oleh Kerajaan atau Bank atau yang dianggotai oleh

Kerajaan atau Bank atau yang dengannya Kerajaan terikat atau kepadanya Kerajaan memberikan sokongan atau kelulusan;

(b)

menjadi pengarah mana-mana perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah Akta ini atau mana-mana perbadanan di Malaysia yang diperoleh oleh Bank atau yang syer dalamnya dipegang oleh Bank;

(c)

menjadi anggota mana-mana jawatankuasa atau suruhanjaya yang disebut dalam subseksyen 70(1); atau

(d)

menjadi anggota mana-mana organisasi khairat atau pendidikan.

(9)

Walau apa pun subseksyen (8) atau mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Gabenor atau Timbalan Gabenor boleh dilantik oleh mana-mana undang-undang bertulis untuk menjalankan apa-apa kuasa, menunaikan apa-apa kewajipan, dan melaksanakan apa-apa

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan diberi apa-apa gelaran jawatan sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana undang-undang bertulis itu.

(10)

Gabenor dan Timbalan Gabenor hendaklah bertanggungjawab kepada Lembaga bagi perbuatan dan keputusan mereka.

(11)

Gabenor boleh meletakkan jawatan melalui notis secara bertulis yang ditandatanganinya yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong dan dalam hal seseorang Timbalan Gabenor melalui notis secara bertulis yang ditandatanganinya yang ditujukan kepada

Menteri.

Pelantikan pengarah