Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009

Seksyen 16

(2)

Sebelum memberikan nasihat mengenai pelantikan seseorang ke jawatan pengarah di bawah subseksyen (1), Menteri hendaklah mengambil kira —

(a)

kejujuran dan kedudukan orang itu;

(b)

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman orang itu dalam perbankan, ekonomi atau kewangan; dan

(c)

kemungkinan terdapat apa-apa percanggahan antara kepentingan Bank dengan apa-apa kepentingan yang dimiliki atau diwakili oleh orang itu.

(3)

Seseorang pengarah hendaklah, pada setiap masa, bertindak secara jujur dan demi kepentingan Bank dan menggunakan usaha yang munasabah dalam menunaikan kewajipan jawatannya.

(4)

Seseorang pengarah tidak boleh menyalahgunakan apa-apa maklumat yang diperoleh atau menggunakan apa-apa pengaruh yang

Bank Negara Malaysia 27

tidak wajar oleh sebab kedudukannya sebagai seorang pengarah untuk mendapat, secara langsung atau tidak langsung, suatu kelebihan bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain.

(5)

Seseorang pengarah tidak boleh bertindak sebagai wakil atau perwakilan dalam Lembaga daripada mana-mana kepentingan komersial, kewangan, pertanian, perindustrian atau kepentingan lain yang dengannya dia mempunyai kaitan:

Dengan syarat bahawa larangan itu tidak terpakai bagi mana-mana pengarah yang memegang atau pada masa yang berkenaan sedang memangku jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

(6)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 17(2)(a), pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (1)

hendaklah memegang jawatan bagi tempoh selama tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.

(7)

Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar oleh Bank apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri.

(8)

Seseorang pengarah boleh meletakkan jawatan melalui notis secara bertulis yang ditandatanganinya yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kehilangan kelayakan Gabenor, Timbalan Gabenor dan pengarah