Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(a)
ialah atau menjadi seorang ahli Dewan Negara atau
Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan;
(b)
tertakluk kepada perenggan (2)(a), ialah atau menjadi seorang pegawai awam;
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 701
(c)
tertakluk kepada perenggan (2)(b), ialah atau menjadi seorang pegawai atau seorang pengarah mana-mana entiti di bawah pengawasan Bank;
(d)
telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan kecurangan atau apa-apa kesalahan jenayah yang baginya dia telah dihukum dengan pemenjaraan;
(e)
ialah atau menjadi seorang bankrap atau menggantung pembayaran atau mencapai penyelesaian dengan pemiutangnya;
(f)
terlibat atau menjadi terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh mengganggu kebebasannya dalam menunaikan kewajipannya; atau
(g)
bukan seorang warganegara Malaysia.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1)—
(a)
seorang pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1) boleh merupakan seorang yang memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, dan walau apa pun subseksyen 16(6) hendaklah terus kekal sebagai anggota Lembaga selagi dia masih memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau bagi apa-apa tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikannya; dan
(b)
seorang Timbalan Gabenor yang dilantik dengan kelulusan
Lembaga kepada lembaga mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank di bawah seksyen 48
tidaklah dikehendaki untuk mengosongkan jawatannya sebagai anggota Lembaga.
(3)
Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan pelantikan Gabenor atau mana-mana pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1), dan Menteri boleh menamatkan pelantikan mana-mana Timbalan
Gabenor, jika dia —
Bank Negara Malaysia 29
(a)
menjadi tidak siuman atau tidak upaya untuk menjalankan kewajipannya;
(b)
bersalah atas salah laku serius berhubung dengan kewajipannya;
(c)
tidak hadir, kecuali dengan kebenaran yang diberikan oleh
Menteri dalam hal Gabenor, atau oleh Gabenor dalam hal kesemua pengarah lain, dalam semua mesyuarat Lembaga yang diadakan dalam tempoh dua bulan berturut-turut atau dalam tempoh mana-mana tiga bulan dalam mana-mana tempoh dua belas bulan;
(d)
tidak mematuhi obligasinya di bawah seksyen 20; atau
(e)
hilang kelayakan di bawah subseksyen (1).
Kekosongan jawatan Gabenor, Timbalan Gabenor atau pengarah