Malaysia legislation

Section 19

of *AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009

Seksyen 19

Mesyuarat Lembaga

(2)

Lembaga boleh bermesyuarat seberapa kerap yang perlu tetapi tidak kurang daripada sekali dalam setiap bulan.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

(3)

Pengerusi atau mana-mana pengarah lain boleh, pada bila-bila masa, memanggil suatu mesyuarat Lembaga.

(4)

Orang yang memanggil suatu mesyuarat hendaklah memastikan bahawa—

(a)

setiap pengarah diberi notis sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat itu; atau

(b)

jika mesyuarat akan diadakan sebagai suatu hal mendesak, pengarah-pengarah bersetuju untuk mengabaikan kehendak di bawah perenggan (a).

(5)

Pada mana-mana mesyuarat Lembaga, kuorum ialah lima orang pengarah, yang majoritinya ialah pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1) dan keputusan hendaklah diambil melalui majoriti mudah undian pengarah-pengarah yang hadir dan mengundi:

Dengan syarat bahawa dalam hal bilangan undi sama banyak, pengerusi hendaklah mempunyai suatu undi pemutus.

(6)

Pengerusi Lembaga boleh membenarkan seseorang pengarah untuk menggunakan video secara langsung, rangkaian televisyen atau kemudahan komunikasi atau multimedia lain yang sesuai untuk mengambil bahagian dalam mana-mana mesyuarat Lembaga jika, sebelum mesyuarat itu, pengarah itu, melalui pemberitahuan kepada pengerusi, telah memohon kebenaran itu dan pengarah itu hendaklah dikira sebagai hadir bagi mesyuarat itu.

(7)

Suatu ketetapan secara bertulis, yang ditandatangani oleh semua pengarah, hendaklah menjadi sah dan berkesan seolah-olah ia telah diluluskan pada suatu mesyuarat Lembaga yang dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan apa-apa ketetapan itu boleh terdiri daripada beberapa dokumen dalam bentuk serupa yang ditandatangani setiap satunya oleh seorang pengarah atau lebih.

Bank Negara Malaysia 31

Penzahiran kepentingan

Section 19 — CENTRAL BANK OF MALAYSIA ACT 2009 | mylaw.my