Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009

Seksyen 23

(2)

Jawatankuasa Dasar Monetari hendaklah terdiri daripada

Gabenor, Timbalan-Timbalan Gabenor dan tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada tujuh anggota lain.

(3)

Anggota Jawatankuasa Dasar Monetari boleh dilantik daripada kalangan pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1) atau pegawai dan anggota itu hendaklah dilantik oleh Lembaga atas syor

Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga.

(4)

Sebagai tambahan kepada subsekyen (3), Menteri boleh melantik mana-mana orang lain sebagai anggota Jawatankuasa Dasar

Monetari atas syor Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

(5)

Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga, dalam mengesyorkan mana-mana orang untuk menjadi anggota Jawatankuasa Dasar

Monetari, hendaklah pada setiap masa berpuas hati bahawa orang itu mempunyai kepakaran dan pengalaman yang berkaitan dengan tanggungjawab dan fungsi Jawatankuasa Dasar Monetari dan ialah seorang yang jujur, berwibawa dan berfikiran waras.

(6)

Anggota Jawatankuasa Dasar Monetari, selain Gabenor dan

Timbalan-Timbalan Gabenor, boleh setiap seorang dilantik bagi tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.

(7)

Gabenor dan Timbalan-Timbalan Gabenor hendaklah terus kekal menjadi anggota Jawatankuasa Dasar Monetari selagi Gabenor atau Timbalan-Timbalan Gabenor masih memegang jawatan sebagai

Gabenor atau Timbalan Gabenor.

(8)

Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai anggota Jawatankuasa

Dasar Monetari atau terus kekal sebagai seorang anggota jika dia—

(a)

ialah atau menjadi seorang ahli Dewan Negara atau

Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan;

(b)

ialah atau menjadi seorang pegawai atau seorang pengarah mana-mana entiti di bawah pengawasan Bank;

(c)

ialah atau menjadi seorang pegawai awam melainkan jika diluluskan selainnya oleh Lembaga atau dalam hal seorang yang dilantik di bawah subseksyen (4), Menteri;

(d)

telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan kecurangan atau apa-apa kesalahan jenayah yang baginya dia telah dihukum dengan pemenjaraan;

(e)

ialah atau menjadi seorang bankrap atau menggantung pembayaran atau mencapai penyelesaian dengan pemiutangnya;

Bank Negara Malaysia 35

(f)

terlibat atau menjadi terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh mengganggu kebebasannya dalam menunaikan kewajipannya; atau

(g)

bukan seorang warganegara Malaysia.

(9)

Lembaga, atau dalam hal seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (4), Menteri, boleh memecat seseorang anggota

Jawatankuasa Dasar Monetari jika—

(a)

Lembaga atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati bahawa dia bersalah atas suatu salah laku serius berhubung dengan kewajipannya sebagai seorang anggota jawatankuasa itu;

(b)

dia menjadi tidak sempurna akal atau tidak upaya untuk menjalankan kewajipannya; atau

(c)

dia hilang kelayakan di bawah subseksyen (8).

(10)

Dasar monetari Bank hendaklah dirumuskan hanya pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari yang diadakan dengan sewajarnya.

(11)

Jawatankuasa Dasar Monetari hendaklah dipengerusikan oleh

Gabenor atau semasa ketiadaan Gabenor, oleh Timbalan Gabenor yang ditentukan oleh Lembaga di bawah subseksyen 15(7).

(12)

Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Jawatankuasa Dasar

Monetari.

Penyiaran pernyataan dasar monetari