Malaysia legislation

Section 26

of *AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009

Seksyen 26

(2)

Bagi maksud menjalankan operasi dasar monetari, Bank—

(a)

boleh menerbitkan sekuriti atas namanya sendiri dengan syarat bahawa amaun keseluruhan sekuriti yang diterbitkan tidak boleh pada bila-bila masa melebihi amaun rizab luar negara;

(b)

boleh membeli, menjual dan menebus sekuriti yang diterbitkan oleh Bank menurut perenggan (a);

(c)

boleh menghendaki suatu rizab disimpan di Bank oleh setiap institusi kewangan;

(d)

hendaklah mempunyai kuasa yang dinyatakan dalam seksyen 75, khususnya perenggan (c), (d), (e), (f), (g), (h),

(i)

dan (l); dan

(e)

boleh menjalankan apa-apa transaksi kewangan lain yang melibatkan mata wang, sekuriti, logam berharga atau apa-apa komoditi atau instrumen kewangan lain yang diluluskan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari.

(3)

Terma dan syarat bagi kehendak di bawah perenggan (2)(c)

boleh termasuk—

Bank Negara Malaysia 37

(a)

prinsip dan kaedah bagi penentuan rizab;

(b)

penalti yang tidak boleh melebihi satu per sepuluh daripada satu peratus amaun yang kurang itu bagi tiap-tiap hari kekurangan itu berterusan atau sanksi lain bagi apa-apa ketidakpatuhan kehendak itu;

(c)

dalam hal—

(i)

suatu institusi kewangan Islam, pulangan yang boleh diberikan; atau

(ii)

mana-mana institusi kewangan lain, faedah yang boleh dibayar, oleh Bank atas rizab itu.