Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009

Seksyen 2

(a)

wang tunai atau yang bersamaan dengan wang tunai, termasuk surat cara boleh niaga dan deposit tuntutan;

(b)

sekuriti, suatu akaun sekuriti atau suatu hak untuk memperoleh sekuriti; atau

(c)

perjanjian niaga hadapan atau akaun niaga hadapan;

“ditentukan” ertinya ditentukan di bawah Akta ini dari semasa ke semasa secara bertulis;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan di bawah Akta ini dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;

“dokumen konstituen”, berhubung dengan suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, ertinya apa-apa dokumen atau surat cara, yang di bawahnya atau dengannya badan itu dibentuk, ditubuhkan, diperbadankan, atau struktur pengelolaan dan pentadbirannya, skop fungsi, urusan, kuasa atau kewajipannya dinyatakan, sama ada terkandung dalam satu dokumen atau lebih tetapi tidak terhad kepada dokumen atau surat cara yang berikut:

(a)

statut;

(b)

piagam;

(c)

memorandum persatuan;

(d)

perkara-perkara persatuan;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

(e)

perlembagaan;

(f)

kaedah atau undang-undang kecil; dan

(g)

perjanjian perkongsian;

“Gabenor” ertinya Gabenor Bank;

“institusi kewangan”

ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan kewangan yang dikawal selia di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank dan sebagai tambahan termasuklah mana-mana—

(a)

orang yang mengendalikan apa-apa sistem pembayaran atau mengeluarkan apa-apa instrumen pembayaran; dan

(b)

orang yang menjalankan apa-apa perniagaan kewangan yang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;

“institusi kewangan antarabangsa” ertinya mana-mana institusi yang ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia oleh lebih daripada satu negara, bank pusat atau pihak berkuasa monetari berhubung dengan perkara kewangan atau monetari dan termasuklah Bank Pembangunan

Asia, Bank Penyelesaian Antarabangsa, Bank Antarabangsa bagi

Pembinaan

Semula dan

Pembangunan,

Tabung

Kewangan

Antarabangsa, Bank Pembangunan Islam dan Lembaga Perkhidmatan

Kewangan Islam;

“institusi kewangan Islam” ertinya sesuatu institusi kewangan yang menjalankan perniagaan kewangan Islam;

“instrumen modal” ertinya syer keutamaan, stok pinjaman, hutang bawahan bertempoh atau instrumen lain yang diluluskan oleh Bank untuk layak sebagai modal;

“Jawatankuasa Dasar Monetari” ertinya Jawatankuasa Dasar

Monetari yang ditubuhkan di bawah seksyen 23;

“Jawatankuasa

Eksekutif

Kestabilan

Kewangan”

ertinya

Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 37;

Bank Negara Malaysia 13

“Jawatankuasa Audit Lembaga” ertinya Jawatankuasa Audit

Lembaga yang ditubuhkan di bawah perenggan 21(1)(b);

“Jawatankuasa Risiko Lembaga” ertinya Jawatankuasa Risiko

Lembaga yang ditubuhkan di bawah perenggan 21(1)(c);

“Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga” ertinya Jawatankuasa Tadbir

Urus Lembaga yang ditubuhkan di bawah perenggan 21(1)(a);

“Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Bank;

“Majlis Penasihat Shariah” ertinya Majlis Penasihat Shariah mengenai Kewangan Islam yang ditubuhkan di bawah seksyen 51;

“mata wang asing” ertinya mata wang kertas atau syiling yang sah diperlakukan dalam mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar

Malaysia dan apa-apa sebutan mengenai mata wang asing dalam Akta ini termasuklah sebutan mengenai apa-apa hak untuk menerima mata wang asing berkenaan dengan apa-apa kredit atau baki di sesuatu bank atau mana-mana institusi lain seumpamanya di dalam atau di luar

Malaysia;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“pasaran kewangan” termasuklah pasaran wang, pasaran pertukaran asing, pasaran modal dan pasaran terbitan;

“pegawai” ertinya mana-mana pegawai Bank yang dilantik di bawah seksyen 83;

“pembiayaan” ertinya pemberian apa-apa pendahuluan, pinjaman, kredit atau kemudahan lain dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua nama dipanggil, termasuklah pemberian suatu jaminan atau aku janji bagi apa-apa obligasi jaminan bagi seorang yang lain dan jika pembiayaan itu diberikan menurut Shariah termasuklah, dan boleh dalam bentuk, tanpa batasan, apa-apa perkiraan jualan atau pembelian, perkiraan usaha sama, jualan bayaran tertangguh, perkiraan perkongsian pulangan atau apa-apa perkiraan pembiayaan lain yang dibuat mengikut Shariah;

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

_____________________________________________________________

“pengarah” ertinya pengarah Bank yang dilantik di bawah subseksyen 16(1), dan termasuk Gabenor dan Timbalan Gabenor;

“perbadanan berkaitan”, berhubung dengan sesuatu perbadanan, ertinya sesuatu perbadanan yang disifatkan sebagai berkaitan dengan perbadanan yang mula-mula disebut di bawah seksyen 6 Akta

Syarikat 1965 [Akta 125];

“perjanjian kewangan yang layak” ertinya —

(a)

suatu perjanjian induk berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak yang di bawahnya sekiranya hal tertentu yang ditentukan oleh pihak-pihak kepada perjanjian itu berlaku —

(i)

transaksi yang disebut dalam perjanjian itu tamat atau boleh ditamatkan;

(ii)

nilai penamatan transaksi di bawah perenggan (a)

dikira atau boleh dikira; dan

(iii)

nilai penamatan transaksi di bawah perenggan (a)

adalah bersih atau boleh bersih, supaya suatu amaun bersih kena dibayar, dan jika suatu perjanjian adalah juga berkenaan dengan satu atau lebih transaksi yang bukan transaksi kewangan yang layak, perjanjian itu hendaklah disifatkan sebagai perjanjian kewangan yang layak hanya berkenaan dengan transaksi yang adalah transaksi kewangan yang layak dan apa-apa penguatkuasaan yang dibenarkan oleh pihak-pihak mengenai hak mereka di bawah perjanjian itu;

(b)

suatu perjanjian yang berhubungan dengan cagaran kewangan, termasuk perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik, berkenaan dengan satu atau lebih transaksi

CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Bank Negara Malaysia 15

kewangan yang layak di bawah suatu perjanjian induk yang disebut dalam perenggan (a); atau

(c)

mana-mana perjanjian lain berkenaan dengan suatu transaksi kewangan yang boleh dibuat oleh pihak dalam pasaran kewangan yang ditetapkan sebagai perjanjian kewangan yang layak oleh Bank, selain suatu derivatif terselaras atau suatu perjanjian berkenaan dengan transaksi sekuriti yang dibuat di bawah kaedah-kaedah suatu bursa saham dan pusat penjelasan yang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1)

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];

“Perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik” ertinya suatu perjanjian yang di bawahnya hakmilik kepada harta telah diperuntukkan bagi maksud menjamin pembayaran atau pelaksanaan suatu obligasi berkenaan dengan perjanjian kewangan yang layak;

“perniagaan kewangan Islam” ertinya apa-apa perniagaan kewangan dalam ringgit atau mata wang lain yang tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank dan selaras dengan Shariah;

“pihak berkuasa penyeliaan” ertinya mana-mana pihak berkuasa, badan atau agensi di dalam atau di luar Malaysia selain Bank yang bertanggungjawab bagi penyeliaan atau pengawasan mana-mana institusi kewangan, pasaran kewangan, perantara atau peserta pasaran modal atau sistem pembayaran;

“pulangan” termasuklah apa-apa bentuk sewaan, keuntungan, dividen atau faedah, termasuklah apa-apa fi atau alang, yang kena dibayar atau diberikan berhubung dengan pembiayaan yang diberikan mengikut Shariah;

“sistem pembayaran” ertinya apa-apa sistem atau perkiraan bagi pemindahan, penjelasan atau penyelesaian dana atau sekuriti;

“terbitan” ertinya mana-mana perjanjian, termasuk suatu opsyen, swap, kontrak niaga hadapan atau kontrak hadapan, yang harga pasaran, nilai, penghantaran atau obligasi pembayarannya berpunca daripada, dirujuk kepada atau berdasarkan, tetapi tidak terhad kepada,

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

sekuriti, komoditi, aset, kadar (termasuk kadar faedah, kadar keuntungan atau kadar pertukaran) atau indeks;

“Timbalan Gabenor” ertinya seseorang Timbalan Gabenor Bank;

“transaksi kewangan yang layak” ertinya —

(a)

suatu terbitan, sama ada akan diselesaikan melalui pembayaran atau hantar serah; atau

(b)

suatu perjanjian beli semula, beli semula songsang atau jual beli balik berkenaan dengan sekuriti.

(2)

Bagi maksud Akta ini—

“Jawatankuasa Lembaga” secara kolektifnya merujuk kepada jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 21;

“perniagaan kewangan” secara kolektifnya merujuk kepada perniagaan kewangan konvensional dan perniagaan kewangan Islam;

“sistem kewangan” secara kolektifnya merujuk kepada institusi kewangan, perantara atau peserta pasaran modal, pasaran kewangan dan sistem pembayaran di Malaysia.

(3)

Bagi maksud Akta ini—

(a)

kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk membuat peruntukan yang berlainan dalam perintah, bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan; dan

(b)

suatu kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan.

Bank Negara Malaysia 17

(4)

Sebutan mengenai suatu institusi kewangan atau orang termasuklah sebutan mengenai golongan, kategori atau perihalan mengenai institusi atau orang itu.

(5)

Jika di bawah Akta ini, kuasa diberikan kepada Bank untuk menghendaki mana-mana orang, atau jika mana-mana orang dikehendaki di bawah Akta ini, untuk mengemukakan apa-apa data, maklumat atau dokumen kepada Bank—

(a)

Bank boleh menentukan bahawa data, maklumat atau dokumen itu hendaklah dikemukakan, dalam suatu tempoh, pada apa-apa lat tempoh, mengikut cara atau dalam bentuk sebagaimana yang dinyatakan oleh Bank dalam penentuan itu; dan

(b)

orang itu tidak boleh mengemukakan apa-apa data, maklumat atau dokumen—

(i)

yang dia tahu, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu, tidak lengkap, tidak tepat atau mengelirukan; atau

(ii)

yang berkenaan dengannya terdapat kesilapan atau peninggalan material.