Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(a)
menentukan langkah-langkah, yang pada pendapat Bank akan menyumbang kepada daya tahan sistem kewangan atau mengehadkan penumpuan mana-mana risiko kepada kestabilan kewangan, kepada suatu golongan, kategori atau perihalan orang yang terlibat dalam pengantaraan kewangan; atau
(b)
mengeluarkan suatu perintah secara bertulis yang menghendaki mana-mana orang dalam suatu golongan, kategori atau perihalan orang, termasuk suatu golongan, kategori atau perihalan orang yang terlibat dalam pengantaraan kewangan, untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang Bank berpendapat perlu atau wajar untuk mengelakkan atau mengurangkan apa-apa risiko kepada kestabilan kewangan.
(2)
Sebelum mengeluarkan suatu perintah di bawah perenggan
(1)
, Bank hendaklah memberi orang itu peluang untuk membuat representasi.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), suatu perintah di bawah perenggan (1)(b) boleh dikeluarkan dahulu dan peluang untuk membuat representasi hendaklah diberi sebaik sahaja selepas perintah itu dikeluarkan sekiranya apa-apa kelengahan akan menambahkan lagi risiko kepada kestabilan kewangan.
(4)
Suatu perintah yang dikeluarkan di bawah perenggan (1)(b)
boleh dipinda atau diubahsuai jika representasi itu dibuat selepas perintah itu dikeluarkan.
(5)
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mematuhi apa-apa langkah atau perintah dari apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank walau apa pun mana-mana peruntukan undang-undang bertulis lain atau apa-apa obligasi di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang berlawanan.
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 701
(6)
Bank boleh menjalankan usaha wajar atau menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat atau melantik juruaudit atau mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Bank untuk menjalankan suatu penilaian, untuk memastikan sama ada orang itu telah mematuhi apa-apa langkah atau perintah di bawah subseksyen (1).
(7)
Saraan juruaudit atau mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Bank di bawah subseksyen (6) dan perbelanjaan lain yang berhubungan dengan penilaian itu hendaklah dibayar oleh orang yang disebut dalam subseksyen (1).
(8)
Walau apa pun subseksyen (5), apa-apa langkah atau perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) tidak boleh menjejaskan penguatkuasaan oleh pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak.
(9)
Mana-mana orang yang gagal mematuhi subseksyen (5) atau apa-apa kehendak Bank di bawah subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kepada kestabilan kewangan