Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(a)
memberikan bantuan kecairan kepada mana-mana institusi kewangan;
(b)
membuat perkiraan dengan bank pusat lain untuk memberikan bantuan kecairan kepada subsidiari atau cawangan di luar Malaysia bagi mana-mana institusi kewangan yang ditubuhkan di Malaysia; atau
Bank Negara Malaysia 41
(c)
dalam hal mana-mana institusi kewangan yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh
Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju —
(i)
membeli atau melanggan syer atau instrumen modal lain yang diterbitkan oleh institusi kewangan itu;
(ii)
mengadakan pembiayaan kepada mana-mana institusi kewangan lain atau suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah perenggan 48(1)(d) untuk membeli keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrument modal lain institusi kewangan itu; atau
(iii)
tertakluk kepada subseksyen 38(2), melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meletak hak pada Bank, suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah perenggan 48(1)(d), suatu institusi kewangan lain atau mana-mana orang lain keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, aset atau liabiliti, atau kesemua atau mana-mana syer atau instrumen modal lain yang diterbitkan oleh, institusi kewangan itu.
(1A)
Penguatkuasaan oleh pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak tidak akan terjejas oleh pembuatan suatu perintah peletakhakan, bagi keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti, atau semua atau mana-mana syer atau instrumen modal lain yang dikeluarkan oleh, suatu institusi kewangan menurut subperenggan (1)(c)(iii).
(2)
Walau apa pun takrif “institusi kewangan” dalam subseksyen 2(1), institusi kewangan bagi maksud perenggan (1)(a) hendaklah termasuk mana-mana institusi kewangan yang di bawah penyeliaan atau pengawasan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan yang lain atau bukan di bawah penyeliaan atau pengawasan Bank atau mana-mana pihak berkuasa penyeliaan yang lain.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 701
Usaha wajar