Malaysia legislation

Section 33

of *AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009

Seksyen 33

Berhubung dengan suatu institusi kewangan yang disebut dalam perenggan 32(1)(a) atau (b) atau mana-mana perbadanan berkaitannya,

Bank boleh menjalankan usaha wajar dan memeriksa, mengambil milikan atau membuat salinan atau cabutan daripada apa-apa buku, dokumen, akaun dan transaksi institusi kewangan itu atau mana-mana perbadanan berkaitannya atau menghendaki institusi itu atau mana-mana perbadanan berkaitannya untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen yang dikehendaki oleh Bank sebelum pembentangan apa-apa cadangan dalam mesyuarat Jawatankuasa

Eksekutif Kestabilan Kewangan di bawah subperenggan 38(1)(a)(ii)

atau sebelum memberikan apa-apa bantuan kecairan atau semasa tempoh yang apa-apa bantuan sedemikian diberikan.

Section 33 — CENTRAL BANK OF MALAYSIA ACT 2009 | mylaw.my