Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(2)
Seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dan berkesan sepenuhnya walau apa pun—
(a)
apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara seksyen ini dengan mana-mana peruntukan lain Akta ini;
(b)
apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang termasuk undang-undang yang dengannya atau di bawahnya institusi kewangan itu dibentuk, ditubuhkan, diperbadankan atau didaftarkan; atau
(c)
apa-apa yang terkandung dalam dokumen konstituen institusi kewangan itu atau dalam mana-mana kontrak yang dibuat oleh atau bagi pihak institusi kewangan itu atau dalam mana-mana kontrak yang menyentuh syer atau instrumen modal lain yang diterbitkan oleh atau selainnya yang berhubungan dengan institusi kewangan itu.
(3)
Jika Bank membuat suatu perintah bagi suatu institusi kewangan yang disebut dalam subperenggan 32(1)(c)(iii), Bank hendaklah memberikan notis mengenai perintah itu melalui penyiaran dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian yang diterbitkan di Malaysia, satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.
Bank Negara Malaysia 45
(4)
Notis di bawah subseksyen (3) hendaklah termasuk harga urus niaga bagi pemindahan itu dan hak mana-mana orang yang terjejas untuk merayu di bawah subseksyen (11) mengenai harga urus niaga itu kepada
Jawatankuasa
Pentaksir yang dibentuk di bawah subseksyen (12).
(5)
Harga urus niaga yang disebut dalam subseksyen (4) hendaklah ditentukan oleh seorang penilai bebas.
(6)
Tertakluk kepada subseksyen (14), penerima pindahan dan pemindah hendaklah sama-sama bersetuju tentang orang yang akan dilantik oleh Bank sebagai penilai bebas di bawah subseksyen (5).
(7)
Jika suatu persetujuan di bawah subseksyen (6) tidak dicapai antara penerima pindahan dengan pemindah dalam tempoh yang ditentukan oleh Bank sebagai munasabah, pelantikan seorang penilai bebas hendaklah dibuat oleh Menteri apabila perkara itu dirujukkan kepadanya oleh Bank dan keputusan Menteri adalah muktamad.
(8)
Saraan penilai bebas yang dilantik di bawah subseksyen (6) atau
(7)
hendaklah dibayar daripada harga urus niaga itu melainkan jika ditentukan selainnya oleh Bank.
(9)
Dalam menentukan harga urus niaga di bawah subseksyen (5)
bagi perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain pemindah itu, penilai bebas itu hendaklah—
(a)
mengambil kira perkara yang difikirkan berkaitan oleh penilai bebas termasuk keadaan pasaran semasa bagi jualan atau pelupusan perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain pemindah itu yang serupa; dan
(b)
tidak mengambil kira apa-apa faedah yang diperoleh daripada apa-apa bantuan kewangan khas yang disediakan secara langsung atau tidak langsung oleh Bank atau
Kerajaan kepada pemindah itu.
(10)
Walau apa pun subseksyen (9), jika pemindah itu tidak solven dan keseluruhan perniagaan, aset atau liabiliti pemindah itu diletakhakkan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii), balasan sebanyak
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 701
satu ringgit hendaklah disifatkan munasabah sebagai harga urus niaga di bawah subseksyen (5).
(11)
Mana-mana orang yang terkilan dengan harga urus niaga itu boleh, dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penyiaran notis di bawah subseksyen (3), merayu tentang harga urus niaga itu kepada
Jawatankuasa Pentaksir yang dibentuk di bawah subseksyen (12)
dengan mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Bank.
(12)
Jika mana-mana orang merayu di bawah subseksyen (11), Bank hendaklah membentuk suatu Jawatankuasa Pentaksir yang terdiri daripada tiga orang bebas sebagai anggota Jawatankuasa Pentaksir itu, yang dipilih daripada panel sepuluh orang yang dilantik oleh Menteri atas syor Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga, dan merujukkan rayuan itu kepada Jawatankuasa Pentaksir itu.
(13)
Jawatankuasa Pentaksir yang dibentuk di bawah subseksyen
(12)
boleh menentukan tatacaranya sendiri.
(14)
Jika peletakhakan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) adalah pada Bank atau suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh
Bank di bawah perenggan 48(1)(d), penilai bebas yang disebut dalam subseksyen (5) hendaklah dilantik oleh Menteri.
(15)
Peletakhakan perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrument modal lain pemindah di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) hendaklah berkuat kuasa tidak kira apa-apa rayuan di bawah subseksyen (11), atau apa-apa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pentaksir.
(16)
Bank boleh, sebagaimana yang disifatkannya perlu, dalam menjalankan kuasanya di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) berhubung dengan pemindah, melalui perintah secara bertulis—
(a)
menyingkirkan daripada jawatan, berkuat kuasa dari apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu, mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja pemindah itu;
Bank Negara Malaysia 47
(b)
mengubah atau menamatkan kontrak perkhidmatan mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja pemindah itu sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu; atau
(c)
melantik mana-mana orang sebagai pengarah, pegawai atau pekerja institusi kewangan itu tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh
Bank.
(17)
Sebelum menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (16),
Bank hendaklah memberi pengarah, pegawai atau pekerja pemindah itu peluang untuk membuat representasi.
(18)
Bagi maksud seksyen ini—
“harga urus niaga” ertinya harga yang padanya keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti, atau kesemua atau mana-mana syer atau instrumen modal lain suatu institusi kewangan yang disebut dalam subperenggan 32(1)(c)(iii) diletakhakkan pada penerima pindahan;
“pemindah” ertinya institusi kewangan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju, pemegang syer institusi kewangan itu atau pemegang instrumen modal institusi kewangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“penerima pindahan” ertinya Bank, suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah perenggan 48(1)(d), suatu institusi kewangan, atau mana-mana orang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang padanya diletakhakkan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti, atau kesemua atau mana-mana syer atau instrument modal lain yang diterbitkan oleh institusi kewangan yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh
Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 701
Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan