Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009

Seksyen 37

(2)

Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan hendaklah terdiri daripada Gabenor, seorang Timbalan Gabenor dan tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri atas syor Lembaga daripada kalangan pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1) atau orang lain.

(3)

Lembaga, dalam mengesyorkan mana-mana orang untuk menjadi anggota Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan, hendaklah pada setiap masa berpuas hati bahawa orang itu mempunyai kepakaran dan pengalaman yang berkaitan dengan tanggungjawab dan fungsi Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan dan ialah seorang yang jujur, berwibawa dan berfikiran waras.

(4)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah dimaklumkan mengenai dan diundang ke semua mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif

Kestabilan Kewangan.

(5)

Apabila Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakilnya menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan yang disebut dalam subseksyen (4) dia hadir sebagai seorang anggota

Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan.

(6)

Jika mana-mana cadangan yang dibuat oleh Bank di bawah subsekysen 38(1) adalah berkenaan dengan seseorang atau sesuatu institusi kewangan di bawah penyeliaan atau pengawasan pihak berkuasa penyeliaan lain, ketua pihak berkuasa penyeliaan itu hendaklah dimaklumkan dan ketua pihak berkuasa penyeliaan itu atau wakilnya hendaklah hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif

Kestabilan Kewangan itu sebagai seorang anggota.

(7)

Ketidakhadiran

Ketua

Setiausaha

Perbendaharaan atau wakilnya pada mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif

Kestabilan Kewangan atau ketidakhadiran ketua mana-mana pihak berkuasa penyeliaan yang berkenaan atau wakilnya, mengikut mana-Bank Negara Malaysia 49

mana yang berkenaan, pada mana-mana mesyuarat Jawatankuasa

Eksekutif Kestabilan Kewangan tidak membatalkan keputusan yang dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa itu.

(8)

Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan hendaklah dipengerusikan oleh Gabenor atau, semasa ketiadaan Gabenor, oleh

Timbalan Gabenor yang ditentukan oleh Lembaga di bawah subseksyen 15(7).

(9)

Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan hendaklah bermesyuarat sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank dan pada mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan kuorum ialah tiga orang anggota, termasuk Gabenor atau, semasa ketiadaan Gabenor, Timbalan Gabenor yang ditentukan Lembaga di bawah subseksyen 15(7).

(10)

Jawatankuasa

Eksekutif

Kestabilan

Kewangan boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Kuasa dan fungsi Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan

Section 37 — CENTRAL BANK OF MALAYSIA ACT 2009 | mylaw.my