Malaysia legislation

Section 38

of *AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009

Seksyen 38

(a)

suatu cadangan berkenaan dengan seseorang atau sesuatu institusi kewangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang di bawah penyeliaan atau pengawasan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan lain, atau bukan di bawah penyeliaan atau pengawasan Bank atau mana-mana pihak berkuasa penyeliaan lain—

(i)

di bawah perenggan 31(1)(a) bagi suatu langkah yang akan ditentukan kepada suatu golongan, kategori atau perihalan orang yang terlibat dalam pengantaraan kewangan atau di bawah perenggan 31(1)(b) untuk suatu perintah yang akan dikeluarkan kepada orang itu dalam suatu

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

golongan, kategori atau perihalan orang;

atau

(ii)

di bawah perenggan 32(1)(a)

bagi peruntukan bantuan kecairan kepada institusi kewangan itu;

(b)

suatu cadangan di bawah perenggan 32(1)(b) untuk membuat perkiraan berhubung dengan subsidiari atau cawangan di luar Malaysia institusi kewangan yang ditubuhkan di Malaysia;

(c)

suatu cadangan di bawah subperenggan 32(1)(c)(i) bagi pembelian atau langganan syer atau instrumen modal lain suatu institusi kewangan;

(d)

suatu cadangan di bawah subperenggan 32(1)(c)(ii) bagi peruntukan pembiayaan untuk pembelian perniagaan, aset, liabiliti, syer atau apa-apa instrumen modal lain suatu institusi kewangan lain; dan

(e)

suatu cadangan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) bagi suatu perintah untuk meletak hakkan perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain suatu institusi kewangan pada Bank, suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah perenggan 48(1) (d), suatu institusi kewangan lain atau mana-mana orang lain.

(2)

Jawatankuasa

Eksekutif

Kestabilan

Kewangan boleh memutuskan untuk menerima apa-apa cadangan yang dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa di bawah subseksyen (1), menolak cadangan itu atau menghendaki Bank untuk membentangkan cadangan yang lain untuk pertimbangan Jawatankuasa itu dan Bank hendaklah bertindak mengikut keputusan Jawatankuasa itu.

Bentuk relief