Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
(2)
Dalam mana-mana prosiding sivil terhadap Bank, berhubung dengan mana-mana perintah yang dikeluarkan oleh Bank di bawah subseksyen 31(1) atau subperenggan 32(1)(c)(iii) atau apa-apa tindakan, perkiraan, skim atau langkah lain Bank berhubung dengan kestabilan kewangan yang berkaitan dengan atau berbangkit daripada mana-mana perintah sedemikian atau berhubung dengan apa-apa perkara lain di bawah Bab ini—
(a)
jika apa-apa relief dipohon yang boleh dalam prosiding antara pihak-pihak diberikan melalui injunksi atau pelaksanaan spesifik, mahkamah tidak boleh memberikan suatu injunksi atau membuat suatu perintah pelaksanaan spesifik; dan
(b)
bagi mendapatkan kembali tanah atau harta lain, mahkamah tidak boleh membuat suatu perintah bagi mendapatkan kembali tanah itu atau penyerahan harta itu.
(3)
Mahkamah tidak boleh dalam mana-mana prosiding sivil berhubung dengan mana-mana perintah yang dikeluarkan oleh Bank di bawah subsekyen 31(1) atau subperenggan 32(1)(c)(iii) atau apa-apa tindakan, perkiraan, skim atau langkah lain Bank berhubung dengan kestabilan kewangan yang berkaitan dengan atau berbangkit daripada mana-mana perintah sedemikian atau berhubung dengan apa-apa perkara lain di bawah Bab ini memberikan apa-apa injunksi atau membuat apa-apa perintah terhadap seseorang pegawai Bank jika kesan pemberian injunksi atau pembuatan perintah itu akan memberikan apa-apa relief terhadap Bank yang tidak boleh diperoleh dalam prosiding terhadap Bank.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 701
(4)
Mana-mana perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen 31(1) atau subperenggan 32(1)(c)(iii) hendaklah mempunyai kesan mengikut peruntukan Bahagian ini dan, walau apa pun apa-apa prosiding undang-undang yang dimulakan menurut subseksyen (2), hendaklah mengikat mana-mana orang yang kepadanya perintah itu dikeluarkan.
Perkiraan dengan pihak berkuasa penyeliaan lain