Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009

Seksyen 3

(2)

Bank ialah pertubuhan perbadanan yang sama yang ditubuhkan di bawah Akta dimansuhkan.

(3)

Bank hendaklah terus kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya sendiri.

(4)

Bank hendaklah mempunyai Ibu Pejabatnya di Kuala Lumpur dan boleh membuka cawangan dan melantik ejen dan koresponden di dalam atau di luar Malaysia.

(5)

Bank boleh, melalui surat cara, di bawah meterai perbadanannya, melantik seseorang sama ada di dalam atau di luar

Malaysia untuk menjadi wakilnya, dan orang yang dilantik sedemikian boleh, tertakluk kepada surat cara itu, melakukan apa-apa perbuatan atau melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi yang dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukan atau melaksanakan.

Bank pusat bagi Malaysia