Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
(a)
untuk memudahkan pemindahan, penjelasan dan penyelesaian dana dan sekuriti hutang;
(b)
untuk memudahkan penenderan, penerbitan, peminjaman dan pemberian pinjaman sekuriti hutang;
(c)
untuk memberikan maklumat kepada mana-mana orang berhubung dengan pasaran wang atau berhubung dengan penenderan, penerbitan, dagangan dan penawaran, atau harga bida sekuriti hutang atau apa-apa maklumat lain yang berkaitan yang berhubungan dengan sekuriti hutang;
(d)
bagi pengendalian pusat sekuriti hutang yang didepositkan dengan Bank melalui catatan dalam akaun sekuriti hutang tanpa penyerahan fizikal sijil;
(e)
bagi menjalankan apa-apa aktiviti lain berhubung dengan mana-mana sistem dalam perenggan (a) hingga (d); dan 56 Undang-Undang Malaysia AKTA 701
(f)
bagi penyebaran maklumat yang berhubungan dengan perenggan (a) hingga (e), dalam pasaran-pasaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Bank boleh berfungsi sebagai suatu depositori atau ejen pembayaran atau menjalankan apa-apa fungsi tambahan atau sampingan lain berhubung dengan penubuhan atau pengendalian mana-mana sistem yang disebut dalam subseksyen (1).
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “sekuriti hutang” termasuklah—
(a)
saham yang diterbitkan di bawah Akta Pinjaman
(Tempatan)1959 [Akta 637];
(b)
Bil Perbendaharaan yang diterbitkan di bawah Akta Bil
Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188];
(c)
pelaburan di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983
[Akta 275];
(d)
sekuriti yang diterbitkan oleh Bank di bawah perenggan 26(2)(a);
(e)
debentur, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta
Syarikat 1965, dalam denominasi dan boleh dibayar dalam ringgit yang diterbitkan oleh Kerajaan mana-mana Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana badan berkanun, mana-mana perbadanan termasuk syarikat persendirian atau syarikat awam, atau mana-mana orang lain yang di bawah dokumen konstituen mereka boleh menerbitkan apa-apa debentur yang ditenderkan, didepositkan, dijelaskan atau diselesaikan melalui apa-apa sistem yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh Bank menurut seksyen ini; dan
(f)
apa-apa sekuriti atau debentur sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri atas syor Lembaga yang ditenderkan, didepositkan, dijelaskan atau diselesaikan melalui apa-apa sistem yang ditubuhkan atau dikendalikan
Bank Negara Malaysia 57
oleh Bank atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Bank menurut seksyen ini.