Malaysia legislation

Section 47

of *AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009

Seksyen 47

(2)

Walau apa pun seksyen 86, Bank boleh menzahirkan, mengikut apa-apa cara dan setakat yang difikirkan patut oleh Bank, maklumat kredit kepada—

(a)

mana-mana institusi kewangan bagi maksud membantu dalam menilai kepercayaan kredit pelanggannya yang sedia ada dan berpotensi atau bagi maksud membantu sesuatu institusi kewangan untuk menilai kelayakan pelanggan untuk menyenggara atau membuka suatu akaun semasa dengan institusi kewangan yang merupakan suatu institusi kewangan yang diberi kuasa oleh Bank untuk mengendalikan akaun semasa, dengan syarat bahawa maklumat yang dizahirkan oleh Bank itu adalah rahsia antara Bank dengan institusi kewangan itu melainkan jika institusi kewangan itu diminta oleh seorang pelanggan untuk menzahirkan maklumat itu berkenaan dengan akaun pelanggan itu;

(b)

pelanggan sesuatu institusi kewangan berkenaan dengan akaunnya sendiri, atau sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank, kepada seorang pelanggan atau mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa akaun yang pelanggan atau orang itu menanggung apa-apa obligasi kewangan, bagi maksud mengesahkan ketepatan maklumat kredit

Bank Negara Malaysia 59

yang diberikan oleh institusi kewangan itu, atau bagi apa-apa maksud lain yang difikirkan patut oleh Bank, dengan syarat bahawa maklumat yang dizahirkan oleh Bank kepada pelanggan atau orang itu berkenaan dengan apa-apa akaun yang pelanggan atau orang itu menanggung apa-apa obligasi kewangan adalah rahsia antara Bank dengan pelanggan atau orang yang berkenaan itu;

(c)

mana-mana agensi pelaporan kredit yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan agensi pelaporan kredit, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank, bagi maksud menyediakan perkhidmatan pelaporan kredit atau penilaian kredit, atau bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank, dengan syarat bahawa maklumat yang dizahirkan oleh Bank itu adalah rahsia antara Bank dengan agensi pelaporan kredit itu dan dengan syarat selanjutnya bahawa persetujuan pelanggan hendaklah diperoleh bagi penzahiran maklumat berkenaan dengan akaunnya;

(d)

mana-mana orang lain yang difikirkan patut oleh Bank, untuk mengumpulkan maklumat atau data atau menjalankan penyelidikan bagi maksud melaksanakan matlamat dan menjalankan fungsi Bank di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa apa-apa penyiaran maklumat, data atau penyelidikan oleh Bank atau mana-mana orang lain itu hendaklah digabungkan atau diagregatkan dan tidak boleh dengan apa-apa cara membawa kepada pengenalpastian mana-mana pelanggan sesuatu institusi kewangan yang dengannya maklumat, data atau penyelidikan itu berkaitan; dan

(e)

mana-mana orang lain yang dianggap perlu oleh Bank berkenaan dengan akaun seorang pelanggan sesuatu institusi kewangan, bagi apa-apa maksud yang difikirkan patut oleh Bank, dengan syarat bahawa pelanggan institusi kewangan itu telah memberikan persetujuannya bagi penzahiran maklumat berkenaan dengan akaunnya.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

(3)

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap

Bank kerana atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau yang ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat di bawah seksyen ini jika perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat dengan suci hati.

(4)

Mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja Bank, sesuatu institusi kewangan atau sesuatu agensi pelaporan kredit atau mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (2)(d) atau (e) yang kepadanya apa-apa maklumat kredit telah dizahirkan yang tidak mematuhi syarat yang diperuntukkan dalam peruntukan yang sama melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

Penubuhan pertubuhan perbadanan, dsb.

Section 47 — CENTRAL BANK OF MALAYSIA ACT 2009 | mylaw.my