Malaysia legislation

Section 53

of *AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009

Seksyen 53

(2)

Jika seorang hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau

Mahkamah Persekutuan, atau seorang hakim Mahkamah Rayuan

Shariah mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan, hendak dilantik di bawah subseksyen (1), pelantikan itu tidak boleh dibuat kecuali—

(a)

dalam hal seorang hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah

Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, selepas rundingan dibuat oleh Bank dengan Ketua Hakim Negara; dan

(b)

dalam hal seorang hakim Mahkamah Rayuan Shariah mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan, selepas rundingan dibuat oleh Bank dengan Ketua Hakim Syarie

Negeri atau Wilayah Persekutuan masing-masing, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Seseorang anggota Majlis Penasihat Shariah yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikan mereka masing-masing, dan adalah layak untuk dilantik semula.

(4)

Anggota Majlis Penasihat Shariah hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga daripada dana Bank.

Bank Negara Malaysia 65

Urus setia Majlis Penasihat Shariah