Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Matlamat dan fungsi utama Bank
(2)
Fungsi utama Bank adalah seperti yang berikut:
(a)
untuk merumuskan dan mengendalikan dasar monetari di
Malaysia;
(b)
untuk mengeluarkan mata wang di Malaysia;
(c)
untuk mengawal selia dan menyelia institusi kewangan yang tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank;
Bank Negara Malaysia 19
(d)
untuk mengadakan pengawasan ke atas pasaran wang dan pasaran pertukaran asing;
(e)
untuk menjalankan pengawasan ke atas sistem pembayaran;
(f)
untuk menggalakkan sistem kewangan yang kukuh, progresif dan merangkumi semua;
(g)
untuk memegang dan menguruskan rizab luar negara
Malaysia;
(h)
untuk menggalakkan rejim kadar pertukaran asing yang selaras dengan asas ekonomi; dan
(i)
untuk bertindak sebagai penasihat kewangan, jurubank dan ejen kewangan Kerajaan.
(3)
Bank hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu, bersampingan atau berkaitan untuk melaksanakan matlamatnya dan menjalankan fungsinya.
(4)
Bank dalam melaksanakan matlamatnya dan menjalankan fungsinya di bawah Akta ini hendaklah mengambil kira kepentingan negara.