Malaysia legislation
Section 72
Seksyen 72
(2)
Sekiranya terdapat perbezaan pendapat antara Menteri dengan
Bank berhubungan dengan matlamat utamanya, Menteri dan Bank hendaklah berikhtiar untuk mencapai suatu persetujuan.
(3)
Jika Menteri dan Bank tidak dapat mencapai suatu persetujuan,
Lembaga hendaklah memberikan kepada Menteri suatu pernyataan berhubung dengan perkara yang berkenaan dengannya perbezaan pendapat itu berbangkit.
(4)
Menteri hendaklah kemudiannya mengemukakan suatu syor berserta dengan pernyataan yang diberikan oleh Lembaga di bawah subseksyen (3) kepada Jemaah Menteri.
(5)
Bertindak atas syor Menteri dan pernyataan yang diberikan oleh
Lembaga, Jemaah Menteri boleh menentukan dasar yang hendak diterima pakai oleh Bank.
(6)
Menteri hendaklah memaklumkan Bank tentang dasar sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (5) dan bahawa
Kerajaan bertanggungjawab bagi dasar itu.
(7)
Bank hendaklah kemudiannya melaksanakan dasar itu sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (5).
(8)
Jika Lembaga membantah dasar itu sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (5), Lembaga boleh mengemukakan bantahan dan sebab-sebabnya secara bertulis kepada Menteri yang
Bank Negara Malaysia 73
hendaklah membentangkannya berserta dengan dasar itu sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (5) di hadapan Dewan Rakyat, atau, jika Dewan Rakyat tidak bersidang, pada persidangan dalam mesyuarat Dewan Rakyat yang berikutnya.