Malaysia legislation
Section 74
Seksyen 74
Bank boleh membeli, memperoleh atau memajak harta tak alih —
(a)
bagi maksud menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya mengikut Shariah menurut seksyen 73;
(b)
bagi peruntukan atau peruntukan masa hadapan bagi —
(i)
premis perniagaan untuk Bank dan agensinya dan mana-mana rumah penjelasan yang ditubuhkan menurut seksyen 46;
(ii)
kediaman bagi Gabenor, Timbalan Gabenor, pegawai dan pekerja; dan
(iii)
kemudahan untuk meningkatkan kebajikan pegawai dan pekerja; atau
(c)
sebagaimana yang diperuntukkan dalam mana-mana peruntukan Akta ini.
Kuasa am Bank